ARTIKEL

Deepavali satu jalan membangun Malaysia yang Madani

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada semua rakyat Malaysia beragama Hindu yang meraikannya Ahad ini.

Anwar berkata perayaan Deepavali adalah satu daripada jalan dalam membangun Malaysia yang madani, hormat menghormati selain memelihara kerukunan antara kaum.

Beliau berkata kejamakan (kelaziman) budaya di negara ini mesti terus dipertahan tanpa diganggu-gugat oleh mana-mana pihak.

“Sebarang percubaan untuk melemahkan tiang masyarakat ini mesti dipatahkan dengan sikap beserta nilai dan budi pekerti yang tinggi,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Perdana Menteri juga berkata Kerajaan Perpaduan akan memastikan pembangunan sosioekonomi semua rakyat, pengagihan kekayaan yang lebih saksama dan bantuan kepada yang memerlukan disampaikan dengan lebih tuntas dan cekap.

Anwar berkata beliau akan berusaha memastikan kebajikan dan tahap hidup masyarakat, yakni masyarakat Hindu terutamanya, terus ditambah baik serta dilindungi dalam menjamin nikmat dan khazanah negara dirasai rakyat secara adil dan saksama.

Perdana Menteri turut menyertakan ungkapan dalam Thirukural yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu iaitu: “Kebahagiaan yang berpunca daripada etika atau tatakelola yang baik merupakan nikmat yang sebenar, dan kegembiraan berpunca daripada sikap yang tidak beretika adalah penderitaan atau tidak membawa kebahagiaan yang mampan”.

Anwar berkata Deepavali yang diraikan sebagai ‘pesta cahaya’ adalah simbolik kemenangan cahaya ke atas kegelapan, kebaikan atas kebobrokan serta kekuatan ilmu mengatasi kejahilan dan keangkuhan.

“Selamat Hari Deepavali kepada semua rakyat Malaysia yang beragama Hindu,” katanya.

— BERNAMA

BERITA LAIN

Anwar puji pengalaman luas Awang Bemee

KUALA LUMPUR: Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah, yang dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara yang baharu, mempunyai pengalaman luas pada peringkat negeri dan persekutuan

BERITA TERBARU

Anwar puji pengalaman luas Awang Bemee

KUALA LUMPUR: Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah, yang dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara yang baharu, mempunyai pengalaman luas pada peringkat negeri dan persekutuan

Kepimpinan kerajaan bekerja keras majukan Sarawak

BINTULU: Para pemimpin Kerajaan Sarawak terus bekerja keras demi memajukan negeri ini. Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Seri Dr Stephen Rundi