ARTIKEL

Delegasi Sarawak bergambar dengan pihak pengurusan HighChem Co. Ltd ketika mereka mengadakan lawatan ke pejabat syarikat tersebut di Jepun semalam.

Delegasi Sarawak teroka kerjasama terperinci antara Sarawak Petchem dengan HighChem

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

TOKYO, Jepun: Delegasi Sarawak memandang serius usaha untuk membincangkan kerjasama dan perkongsian secara terperinci dengan HighChem Company Ltd (HC).

Perkara tersebut dapat dilihat menerusi lawatan ke syarikat berkenaan, yang diketuai oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Perancangan Ekonomi dan Pembangunan), Datuk Seri Dr Muhammad Abdullah Zaidel.

Ia juga penting untuk memberi tumpuan kepada projek-projek tertentu antara Sarawak Petchem dengan HighChem, dan mengintai peluang kerjasama pada masa hadapan.

Antara topik utama yang dibincangkan adalah peluang perniagaan ‘Syngas to Ethylene Glycol’ (SEG) dan ‘CO2 to Paraxylene’ (PX) ekoran pemeteraian Perjanjian Kerahsiaan (NDA) dan pembentangan tentang profil syarikat HighChem serta latar belakang perniagaannya.

Dalam pada itu, Sarawak Petchem kini juga sedang meneroka kerjasama dengan HighChem untuk membangunkan projek pertama ‘ethylene glycol’ di Sarawak bagi memajukan industri petrokimia dan menyokong Pelan Hala Tuju Gas Sarawak di Bintulu.

Pada Disember tahun lalu, Premeir Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg telah mengadakan lawatan rasmi selama lima hari ke Jepun untuk meneroka potensi pelaburan dalam tenaga hijau dan teknologi.

Beliau juga berpeluang untuk mengadakan pertemuan dengan syarikat ENEOS Corporation, Sumitomo Corporation, Japan Bank for International Cooperation (JBIC), serta Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri (METI) Jepun.

Selain itu, beliau berkunjung ke ibu pejabat Boeing Japan untuk berbincang mengenai bahan api penerbangan mampan (SAF), mengadakan mesyuarat bersama Mitsubishi Corporation dan Mitsui OSK Line, serta melawat Tokyo Gas Yokohama Techno Station Methanation dan loji hidrogen bersepadu pertama di dunia, iaitu Taman Hidrogen Takasago di Hyogo.

Dalam hal berkaitan, perbincangan delegasi Sarawak kali ini juga adalah susulan daripada kunjungan rasmi berkenaan.

Ia menyaksikan kedua-dua pihak membincangkan potensi kerjasama dalam bidang elektrolisis hidrogen dan kemajuan teknologi lain.

Delegasi Sarawak dijadual mengunjungi sebuah kilang perintis hari ini, untuk memperkukuh perkongsian dan meneroka aplikasi praktikal semasa lawatan mereka ke Jepun.

BERITA LAIN

Trump siarkan video lelaki maut akibat harimau

WASHINGTON: Presiden AS Donald Trump memuat naik rakaman yang mengemparkan di akaun Truth Social beliau pada Selasa, memaparkan seorang lelaki di Britain yang maut dibaham

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha