ARTIKEL

Gambar hiasan

Demi wang ringgit, penganggur mengaku salah ugut bakar rumah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Mahkamah Majistret di sini, hari ini, menjatuhkan hukuman penjara lapan bulan terhadap seorang penganggur kerana mengugut hendak membakar rumah bapanya disebabkan tidak diberi wang yang diminta.

Hafizul Bohari, 23, mengaku bersalah atas satu pertuduhan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang dibacakan di hadapan Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali.

Mengikut pertuduhan, dia sengaja mengeluarkan kata-kata ugutan jenayah hendak membakar rumah milik bapanya berusia 59 tahun di Taman Bako, kira-kira jam 6.30 petang, 10 November lalu.

Jika sabit kesalahan, boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Menurut fakta kes semasa kejadian, tertuduh yang merupakan anak pengadu mengamuk mengatakan hendak membakar rumah kerana tidak diberikan wang yang diminta.

Bimbangkan keselamatan diri dan ahli keluarga yang lain, pengadu membuat laporan polis untuk tindakan lanjut seterusnya membawa kepada penangkapan tertuduh pada hari yang sama, 17 minit selepas kejadian.

Selain itu, tertuduh juga mempunyai tiga rekod jenayah lampau melibatkan dua kes penyalahgunaan dadah dan satu kes khianat merosakan harta benda.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Ammarsoffi Yusoff manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

-TAMAT-

BERITA LAIN

MBKS bandar pelancongan bersih ASEAN

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menerima pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City Standard bagi tempoh 2026 hingga 2028, sekali gus mengekalkan pencapaian itu untuk kali

BERITA TERBARU

MBKS bandar pelancongan bersih ASEAN

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menerima pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City Standard bagi tempoh 2026 hingga 2028, sekali gus mengekalkan pencapaian itu untuk kali