ARTIKEL

Demonstrasi pecah lebih dua bulan, saham Hong Kong jatuh 543 mata

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

HONG KONG: Ketidaktentuan ekonomi dan politik akibat aksi tunjuk perasaan lebih dua bulan di Hong Kong, turut memberi kesan teruk kepada indeks saham Hang Seng pada perdagangan Selasa.

Memetik AFP pada Selasa, Indeks Hang Seng merosot 1.86 peratus atau 543.42 mata menjadi 25,281.30 mata, ketika perang dagang AS-China turut muncul.

Pemimpin Eksekutif Hong Kong Carrie Lam menolak memenuhi tuntutan penunjuk perasaan ketika China turut mengecap tindakan mereka sebagai terorisme.

Kerugian perdagangan berlaku dalam pelbagai sektor. Saham syarikat penerbangan Cathay Pacific merosot lebih 4 peratus.

Akibat Lapangan Terbang Hong Kong menutup operasinya, 200 penerbangan dibatalkan menyebabkan ribuan penumpang terlantar.

Nilai saham MTR Corp, operator jaringan kereta api bawah tanah Hong Kong jatuh 3.14 peratus.

Saham lain seperti Galaxy Entertainment dan Sands China merudum lebih 3 peratus, Sino Land turun 2 peratus, Henderson Land 1.6, New World Development 1, saham syarikat teknologi Tencent 1.29 dan saham AIA merosot 2.78 peratus.

Pengarah Pelaburan Pengurusan Fair Capital menilai situasi semakin memburuk dan menjangka Hang Seng cendurun turun 5-10 peratus.

BERITA LAIN

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU

Polis Sahkan Pegawai Kastam Maut Dipercayai Dibunuh Suami

NILAI: Seorang pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) ditemukan maut dipercayai dibunuh suaminya dalam kejadian di Kuarters Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, malam tadi.