ARTIKEL

JUARA...Barisan pemain Den Contruction merakam gambar kenangan bersama piala dimenangi.

Den Contruction juara Futsal Terbuka Serian

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SERIAN: Pasukan Den Contruction membuka lembaran tahun baharu dengan langkah bergaya apabila muncul juara Kejohanan Futsal Terbuka Serian 2024.

Pasukan itu berjaya menumpaskan Yokchaii Project Team dengan jaringan 3-1 pada aksi final yang berlangsung di Stadium Bola Keranjang Serian pada hujung minggu lalu.

Ekoran kejayaan tersebut, barisan pemain skuad dari Kampung Tabuan Melayu, Kuching itu menerima imbuhan wang tunai RM1,500 berserta piala dan pingat.

Dalam pada itu, kejayaan berganda diperoleh apabila dua pemainnya, Mohd. Sharul Sunggunt dan Mohd. Syukimi Farizan masing-masing dipilih sebagai pemain terbaik dan penjaga gol terbaik.

Sementara, wang tunai RM700 termasuk piala dan pingat diterima pemain Yokchaii Project Team selaku naib juara.

Tempat ketiga milik pasukan TZ88 (A) yang turut menerima hadiah wang tunai RM400 termasuk piala. Mereka turut dipilih sebagai penerima anugerah pasukan terbaik.

Pasukan Memphis FT pula menduduki tempat keempat dan membawa pulang hadiah wang tunai RM200 dan piala.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU