ARTIKEL

Denda 100,000 Riyal jika gagal lapor jemaah lebih masa di Arab Saudi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

RIYADH: Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi mengingatkan semua syarikat dan agensi perkhidmatan Haji dan Umrah supaya mematuhi sepenuhnya peraturan serta arahan berkaitan yang dikuatkuasakan di negara itu, lapor Agensi Berita Saudi (SPA).

Dalam satu kenyataan, kementerian menegaskan bahawa tindakan tegas termasuk penalti kewangan akan dikenakan terhadap mana-mana penyedia perkhidmatan yang gagal melaporkan individu yang tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan.

Denda maksimum boleh mencecah sehingga 100,000 riyal Saudi (SAR) dan akan digandakan mengikut bilangan individu yang gagal meninggalkan negara itu berdasarkan tempoh yang ditetapkan.– BERNAMA

BERITA LAIN

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU