ARTIKEL

Dengan Sarawak Pay lebih mudah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pusat beli-belah bukan lagi satu pilihan utama orang ramai untuk mendapatkan barangan diingini.

Kebanyakan mereka akan berfikir dua kali sebelum keluar rumah walaupun ingin mendapatkan barangan keperluan.

Ini kerana pada zaman sekarang banyak kemudahan membeli-belah atas talian.Ia jauh lebih mudah dan tidak membebankan di samping menjimatkan masa serta kos.

Maka, ini jelas menunjukkan keperluan membeli-belah secara talian mampu menyelesaikan masalah berbelanja.

Rata Bunsul, 24, berasal dari Bintulu berkata, dia memilih untuk membeli barang atas talian berbanding pusat beli-belah.

“Ini kerana harga barangan atas talian jauh lebih murah dan ada barangan tidak boleh didapati di kedai,” kata Varonieka.

Tambahnya, barangan murah yang selalu dibeli melalui atas talian adalah beg, kasut dan pakaian.”Kaedah pembayaran selalu saya gunakan adalah melalui deposit tunai.”Saya pernah terdengar tentang Sarawak Pay dan melihat iklannya pada kertas bil elektrik,” ujarnya.

Bagi Carol Tonie, 22, dia memilih untuk membeli barang secara atas talian kerana lebih mudah.

“Saya hanya perlu memilih barang dalam laman sesawang dan terus bayar. “Saya tidak perlu memandu dan mencari tempat letak kereta untuk membeli barang di kedai. “Saya selalu membeli barang seperti baju ataupun beg sahaja daripada ‘online website shopping’,” jelasnya.

Carol memberitahu, dia selalu menggunakan kaedah pembayaran secara debit sahaja.”Saya sedar kewujudan Sarawak Pay daripada seorang individu yang mempromosikannya dalam Instagram dia,” katanya.

Jessica Nyandang, 22, dari Betong memberitahu, dia lebih suka membeli barang secara atas talian kerana ada barangan susah didapati di pasaran terutama di tempat terpencil.

“Namun saya kurang gemar membeli barang secara atas talian kerana takut barang indah khabar dari rupa. “Barangan sering dibeli seperti alat memancungkan hidung,” jelasnya.

Jessica menjelaskan, dia mengetahui tentang kewujudan Sarawak Pay melalui Instagram.

Bagi Chen Whang King, 24, dari Kuching, dia memilih membeli barangan atas talian kerana ia lebih mudah untuk dikendalikan.

“Saya selalu membeli pakaian seperti baju dan seluar menggunakan pindahan kad debit sahaja,” katanya.Ujar Whang King, dia mengetahui kewujudan Sarawak Pay yang diperkenal untuk rakyat sejak tahun lalu.

Terdahulu, Sarawak membangunkan aplikasi e-Wallet yang dikenali sebagai ‘Sarawak Pay’ bagi mentransformasikan sistem kewangan yang merupakan kaedah pembayaran dibangunkan secara atas talian tanpa perlu membayar tunai.

BERITA LAIN

Perkukuh daya tahan ekonomi

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan

Industri minyak dan gas perluas operasi

KUALA LUMPUR: Industri perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia di landasan tepat bagi fasa pertumbuhan selanjutnya dan perlu terus memperluas skala operasi, inovasi

BERITA TERBARU