ARTIKEL

Lee menyampaikan cenderahati kepada Abang Johari pada majlis itu. Foto Mohd Alif Noni

Depot Rembus pemangkin operasi ART

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pembangunan Depot Rembus yang menempatkan Loji Pengeluaran Hidrogen Fasa 1 berada di landasan tepat, sekali gus menjadi pemangkin kesiapsiagaan operasi perintis Sistem Transit Aliran Pantas Autonomi (ART) di bawah Sistem Pengangkutan Bandar Kuching (KUTS).

Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lee Kim Shin berkata, loji berkenaan merupakan komponen utama ekosistem KUTS yang menyokong operasi ART serta mencerminkan komitmen kerajaan negeri dalam memperkasa teknologi hijau menerusi sistem pengangkutan awam mampan.

Pandangan atas Stesen ART The Northbank IBRACO

Apabila mula beroperasi kelak, loji itu berupaya menghasilkan sehingga satu tan hidrogen hijau sehari bagi menyokong operasi perintis dan permulaan perkhidmatan ART di Kuching.

Dalam perkembangan berkaitan, Lee memaklumkan ketibaan serta pemasangan dua kenderaan ART pertama di Kuching baru-baru ini menjadi pencapaian penting ke arah pelaksanaan operasi KUTS.

“Keutamaan kita kini memastikan semua persiapan bagi pelaksanaan operasi perintis dapat disempurnakan. Kami bekerjasama rapat dengan semua pihak bagi memastikan infrastruktur, sistem, kenderaan dan aspek operasi berada pada tahap kesiapsiagaan terbaik,” ujarnya.

Pelaburan besar kerajaan negeri dalam projek KUTS bukan sekadar membangunkan sistem pengangkutan moden, malah menjadi pemangkin kepada peningkatan kesalinghubungan, pertumbuhan ekonomi serta kualiti hidup rakyat.

Kemampanan kewangan sistem turut diberi perhatian menerusi Program Hak Penamaan Stesen oleh Sarawak Metro, selain pembangunan berorientasikan transit (TOD), pengiklanan dan peluang perniagaan runcit.

Lee merakamkan penghargaan kepada Sarawak Metro dan mengucapkan tahniah kepada IBRACO Berhad sebagai rakan strategik pertama di bawah program tersebut.

“Kementerian Pengangkutan Sarawak akan terus memberikan sokongan penuh kepada Sarawak Metro bagi memastikan KUTS berkembang sebagai sistem pengangkutan awam moden yang mampu memenuhi keperluan rakyat untuk generasi akan datang,” ujarnya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU