ARTIKEL

BERCAKAP... Abdul Karim pada sidang media SAREX26 di Bangunan Baitulmakmur II.

Abdul Karim mungkin kekal sebagai calon GPS di Asajaya

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Asajaya, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah memberi bayangan beliau mungkin terus diberi kepercayaan mewakili Gabungan Parti Sarawak (GPS) pada Pilihan Raya Umum Sarawak Ke-13 (PRU-13).

Beliau berkata, jangkaan itu berdasarkan tanggungjawab masih diberikan kepadanya, termasuk ketika kerajaan sementara beroperasi selepas pembubaran DUN.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Ekspo e-Sukan Sarawak 2026 (SAREX26) di Bangunan Baitulmakmur II di sini, hari ini.

Mengulas kemungkinan berundur daripada arena politik, Abdul Karim berkata beliau reda sekiranya tidak dipilih semula selepas berkhidmat selama 25 tahun sebagai wakil rakyat.

Setakat ini, beliau belum menerima sebarang maklum balas daripada kepimpinan parti berhubung status pencalonannya pada PRU-13 kali ini.

“Bagaimanapun, saya tidak akan menolak sekiranya rakyat dan parti masih memberikan kepercayaan kepada saya untuk meneruskan tanggungjawab itu,” katanya.

Abdul Karim yang juga Ketua Penerangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak berkata, walaupun masih menjalankan tugas sebagai wakil rakyat, beliau menyedari keperluan memberi ruang kepada barisan pelapis.

Dalam perkembangan lain, beliau menegaskan GPS tidak akan melepaskan mana-mana kerusi pada PRU-13 akan datang, sebaliknya berhasrat bertanding di kesemua 82 kerusi DUN.

Sementara itu, Abdul Karim berkata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijadual mengadakan mesyuarat pada 6 November ini bagi menetapkan tarikh penting PRU-13, termasuk hari penamaan calon, pengundian dan pengundian awal.

Beliau turut menyeru semua rakyat yang layak mengundi, termasuk golongan berusia 18 tahun, supaya menunaikan tanggungjawab mereka dalam menentukan wakil rakyat dan kerajaan baharu.

/tamat/

BERITA LAIN

Maklumat dasar kerajaan perlu sampai ke akar umbi

BINTULU: Penyampaian maklumat mengenai dasar, inisiatif pembangunan dan bantuan kerajaan perlu diperluas hingga ke peringkat akar umbi bagi memastikan rakyat mengetahui serta dapat memanfaatkan kemudahan

BERITA TERBARU