ARTIKEL

Dr Safiee Ahmad berkesempatan melakukan tinjauan ke atas perkembangan terkini projek naik taraf dermaga Bintangor. Pusat Khidmat DUN Daro

Dermaga Bintangor hampir siap, bakal berwajah baharu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTANGOR: Projek pembinaan dermaga baharu di pekan ini kini hampir siap sepenuhnya dengan kemajuan kerja mencapai 95.49 peratus.


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Dr Safiee Ahmad berkata, projek berkenaan merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan kerajaan dalam memperkukuh keselamatan, kefungsian dan kemampanan infrastruktur sungai di seluruh negeri.


Menurut beliau, dermaga baharu itu dibina bagi menggantikan struktur konkrit bertetulang sedia ada yang telah uzur dan tidak lagi menepati piawaian keselamatan serta keperluan semasa.


“Apabila siap sepenuhnya kelak, pontoon baharu ini akan menyediakan kemudahan yang lebih selamat dan selesa kepada pengguna, termasuk bot panjang dan bot ekspres,” katanya ketika dihubungi.


Jelasnya, kemudahan baharu itu bukan sahaja meningkatkan keselamatan awam, malah turut menyokong keperluan logistik dan mobiliti penduduk di kawasan Bintangor.


Safiee berkata, pembangunan dermaga tersebut dijangka memberi manfaat besar kepada komuniti setempat dengan memudahkan urusan pengangkutan sungai serta memperkukuh aktiviti sosioekonomi.


“Usaha menaik taraf kemudahan sungai seperti ini amat penting bagi memastikan kesejahteraan rakyat terus terpelihara dan perkhidmatan pengangkutan air di Sarawak kekal efisien,” tambahnya.


Terdahulu, beliau yang juga Pengerusi Lembaga Sungai-Sungai Sarawak berkesempatan meninjau perkembangan terkini projek berkenaan bagi memastikan ia disiapkan mengikut jadual.-TVS

BERITA LAIN

BERITA TERBARU