ARTIKEL

BANTU SEKOLAH… Chong menyampaikan replika cek kepada pihak PIBG SMK Sungai Tapang di sini, hari ini.

Dewan SMK Sungai Tapang akan dinaik taraf

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Aspek pendidik di kawasan Stampin kekal menjadi tumpuan Ahli Parlimennya Chong Chieng Jen, pada tahun ini.

Menurutnya, aspek pendidikan sentiasa ditekankan dalam penggunaan peruntukan yang disalurkan setiap tahun.

“Tahun lalu, lebih 80 peratus peruntukan disalurkan kepada pusat khidmat saya digunakan untuk tujuan pendidikan.

“Tahun ini, saya akan meneruskan penekanan terhadap pendidikan dengan harapan dapat menyediakan persekitaran pembelajaran yang lebih baik,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan peruntukan RM200,000 kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Tapang untuk kerja menaik taraf dan pengubahsuaian dewan sekolah.

“Saya berharap dengan penyaluran dana awal, kerja naik taraf dan ubah suai dapat dijalankan mulai minggu hadapan, bertepatan cuti sekolah akhir tahun,” ujarnya.

Chong hadir diiringi pembantu khasnya, Michael Kong dan Aim Kiat Leng.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU