ARTIKEL

(Dari kiri) Pengarah Pengurusan Hubungan Pelanggan SAINS, Nadia Suhaili; Pegawai Teknologi SAINS, Grant Than; Ketua Pegawai Eksekutif SAINS, Busiai Seman; Pengerusi SAINS, Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Cha; Ketua Pegawai Keselamatan Maklumat SAINS, Dan Fadalini Sukia; dan Ketua Pegawai Operasi SAINS, Andrew Chien bergambar selepas sidang media DGX26. Foto Ramidi Subari

DGX2026 himpun pakar digital serantau

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pertukaran pengalaman dalam pelaksanaan teknologi digital antara kerajaan di rantau ini menjadi fokus utama Digital Government Exchange 2026 (DGX2026) yang dianjurkan Sarawak Information Systems Sdn Bhd (SAINS) pada 10 September depan.

Ketua Pegawai Eksekutif SAINS, Busiai Seman berkata, persidangan sehari ini memberi tumpuan khusus kepada perkongsian pengalaman kerajaan dalam memanfaatkan teknologi digital bagi menyokong operasi serta penyampaian perkhidmatan semasa.

Menurutnya, DGX2026 menghimpunkan wakil kerajaan dari beberapa negara termasuk Singapura, Filipina dan Brunei, selain Malaysia, bagi membolehkan mereka berkongsi sistem serta teknologi digital yang dilaksanakan di negara masing-masing.

“Konsep persidangan ini agak khusus kerana kita mengundang organisasi kerajaan, khususnya kerajaan negeri, untuk berkongsi pengalaman mereka dalam melaksanakan teknologi digital bagi menyokong operasi semasa.

“Sebagai contoh, wakil dari Singapura dan Filipina akan berkongsi teknologi yang digunakan di negara masing-masing yang mungkin boleh diterapkan di Malaysia dan Brunei,” katanya pada sidang media di sebuah hotel hari ini.

Antara yang dijemput ialah Eyung Lim dari GovTech Singapura, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), Anuar Fariz Fadzil, Ketua Setiausaha Kementerian Digital, Datuk Fabian Bigar serta Timbalan Pengarah Unit Pendigitalan Perkhidmatan Awam Sarawak (SCSDU), Adrian Chung.

Beliau berkata, antara penceramah yang dijemput termasuk wakil GovTech Singapura, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), serta wakil agensi berkaitan teknologi dari Sarawak.

Katanya, persidangan itu akan mengetengahkan beberapa topik utama termasuk kecerdasan buatan (AI) dan teknologi berasaskan data, keselamatan siber serta kepercayaan digital.

Sementara itu, Pengerusi SAINS Datuk Patinggi Tan Sri George Chan berkata, perkembangan teknologi maklumat (IT) dan AI akan terus memainkan peranan penting dalam pembangunan masa depan, selaras dengan tumpuan Premier Sarawak dengan kemajuan sains dan teknologi.

Beliau berkata, SAINS akan terus memastikan perkembangan teknologi yang dilaksanakan selari dengan aspirasi kerajaan negeri dalam menjadikan IT sebagai antara pemacu penting pembangunan Sarawak.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU