ARTIKEL

RAMLAH ABD RASI

DI AMBANG FAJAR, KUTITIP HARAPAN

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Di keheningan waktu,

Saat dinihari merangkul sepi,

Tiada jerit memecah kesunyian,

Tiada hingar merusuh perasaan,

Hanya sunyi menemani hati yang sendiri.

Semalam yang sarat kegusaran,

Mengoyak sekeeping ruang perasaan,

Meremukkan harapan yang tersimpan,

Meninggalkan hampa dalam genggaman,

Sekian hari menanggung kecewa,

Hidup terhiris, luka pun bernyawa.

Namun, di celah kelam yang berpanjangan,

Masih ada sinar menanti di hadapan,

Masih ada fajar bakal menjelma,

Membawa cahaya menyentuh jiwa.

Aku ingin menghirup udara pagi,

Membiarkan bayu membelai diri,

Melepaskan segala gundah di hati,

Agar damai kembali bertakhta di sanubari.

Kerana aku percaya,

Di sebalik luka masih ada bahagia,

Di sebalik tangis masih ada tawa,

Di sebalik kecewa masih ada cinta,

Dan di sebalik suramnya kehidupan,

Masih tersimpan seribu keindahan.

Biarlah semalam menjadi kenangan,

Biar luka perlahan menjadi ingatan,

Kini, saat fajar menyingsing perlahan,

Aku ingin kembali memeluk kehidupan,

Dengan sekeeping hati yang masih percaya,

Bahawa esok masih menjanjikan bahagia.

Bangi, 9/10/2026

BERITA LAIN

HUTANG

HAJI Zam terkenal di kampung sebagai seorang peniaga yang murah hati. Baginya, membantu orang yang sedang kesempitan bukan sekadar amalan kebajikan, malah suatu ibadah. Ramai

TERGURIS SEBUAH HATI

Biarlah hati yang terguris luka biarlah ku pendam luka di dada tak kasar mata hanya perih yang menyapa di tapak hati Ada kata yang tak

BERITA TERBARU

Ruby Elite sasar PNGK 4.00 STPM 2027

KOTA SAMARAHAN: Pelajar Tingkatan Enam daripada empat sekolah menengah di Samarahan menyertai Program 4.00: Ruby Elite Siri 1 STPM 2027 bagi memperkukuh persediaan akademik dan