ARTIKEL

Dia hero kami! : 25 tahun kerja tanpa cuti sakit

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang petugas Unit Keselamatan Hotel Borneo berusia 55 tahun yang dikenali sebagai Radzuan mengakui, rutin menderma darah secara konsisten banyak membantunya kekal sihat serta cergas.

Ia dibuktikan apabila selama tempoh 25 tahun bekerja di hotel terbabit, beliau tidak pernah mengambil cuti sakit.

Menurutnya, beliau menjadikan aktiviti menderma darah sebagai rutin secara konsisten sejak 1988, sekitar 32 tahun lalu.

“Sehingga kini saya menderma darah sebanyak 109 kali, ketika itu Tabung Darah Hospital Umum Sarawak (HUS) berada di bangunan lama lagi.

“Saya percaya, rutin menderma darah ini banyak membantu mengekalkan tahap kesihatan serta memastikan saya cergas.

“Justeru, tidak hairan selama 25 tahun berkhidmat di sini, saya belum pernah lagi mengambil cuti sakit. Alhamdulillah,” katanya seperti dipetik Tabung Darah HUS yang dimuat naik di laman sosial rasmi jabatan itu, semalam.

Jelasnya, amalan menderma darah sangat bagus kerana bukan sahaja dapat membantu menyelamatkan nyawa individu lain, tetapi juga baik untuk kesihatan diri sendiri.

Beliau memuji layanan yang diberikan oleh kakitangan Tabung Darah HUS.

“Mereka sangat mesra selain komited mengamalkan kelaziman baharu dalam usaha mengekang penularan jangkitan Covid-19.

“Dan, untuk sesi hari ini (semalam), saya berasa sangat sekejap.

“Lebih kurang empat minit, sesi menderma darah sudah siap,” ujarnya.

BERITA LAIN

MBKS bandar pelancongan bersih ASEAN

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menerima pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City Standard bagi tempoh 2026 hingga 2028, sekali gus mengekalkan pencapaian itu untuk kali

BERITA TERBARU

MBKS bandar pelancongan bersih ASEAN

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menerima pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City Standard bagi tempoh 2026 hingga 2028, sekali gus mengekalkan pencapaian itu untuk kali