ARTIKEL

Diana Danielle imbau zaman PLKN

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PELAKON dan penyanyi terkenal, Diana Danielle mencuri perhatian apabila berkongsi momen istimewa ketika menjalani latihan menembak sempena Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 barubaru ini.

Menerusi hantaran di Instagram, Diana meluahkan rasa teruja dan menyatakan bahawa beliau pernah mengalami detik paling bermakna dalam hidupnya ketika menyertai PLKN pada 2009.

Menurut Diana, pengalaman menyertai PLKN suatu ketika dahulu banyak mengajarnya erti kesusahan dan ketahanan diri.

Berasal daripada latar belakang sederhana, beliau percaya bahawa melalui cabaran dan kesusahan, barulah ketahanan jiwa dan empati terhadap orang lain dapat terbentuk dengan lebih utuh.

Aksinya itu turut mendapat pujian orang ramai yang kagum dengan kemahirannya.

Di ruangan komen, orang ramai turut meluahkan rasa rindu terhadap zaman PLKN sambil memuji semangat dan aura positif yang ditunjukkan oleh Diana.

Ada juga yang menyatakan bahawa selebriti seperti Diana mampu menjadi inspirasi kepada golongan muda untuk menyertai program seperti ini.

Sebagai makluman, Diana merupakan pelatih PLKN Kumpulan 2 Siri 6/2009 dan pernah berkhidmat di Kem Princess Haliza, Sepang.

Menariknya, beliau juga pernah diberi kepercayaan menjawat jawatan Timbalan Penghulu Wirawati, sekali gus membuktikan karismanya bukan sekadar di layar perak, tetapi juga dalam membimbing rakan-rakan pelatih suatu ketika dahulu

BERITA LAIN

A. Aida reda filem tiada sambutan

PENERBIT terkenal, Datuk A. Aida menerima dengan hati terbuka hakikat bahawa filem terbitannya, Bisikan Nafsu, tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan selepas mula ditayangkan di

JEP SEPAHTU bayar zakat RM1.93 juta

JEP SEPAHTU sekali lagi mencuri perhatian apabila berkongsi 16 resit pembayaran zakat bagi tempoh 2016 hingga 2025 yang menunjukkan jumlah keseluruhan kira-kira RM1.93 juta. Perkongsian

BERITA TERBARU