ARTIKEL

Diari Taulan India

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SEDARI kecil pengalaman ini kekal di ingatan.

Setiap kali perayaan Deepavali tiba, masyarakat India di Malaysia pastinya sibuk dengan persiapan dan bergembira.

Begitulah istimewanya di Malaysia yang terdiri daripada masyarakat majmuk.

Semua rakyat dapat merasai pengalaman melihat budaya setiap kaum dan agama ini terus diamalkan dengan harmoni daripada generasi kepada generasi.

Unik sekali.

Deepavali, atau juga dikenali sebagai Pesta Cahaya.

Rumah dihiasi dengan pelita dan lampu hiasan dan tradisi lain termasuk menyediakan makanan istimewa serta melakukan upacara sembahyang dan penyucian diri.

Perjalanan hidupku telah lama membibitkan persahabatan antara kaum antaranya bersama kaum India.

Sedari sekolah rendah aku telah mengenali rakan sekelasku bernama M.Lingam.

Anak seorang tentera.

Pemain hoki hebat di sekolah.

Fasih berbahasa Melayu.

Dan persahabatan kami kekal hingga kini.

Lingam bijak juga dalam akademik.

“Selamat menyambut Hari Deepavali Lingam” kongsiku saban tahun dalam grup media sosial.

Di sekolah menengah aku tiada rakan daripada kaum India.

Cuma aku memiliki seorang guru bahasa Inggeris yang baik hati.

Cikgu Chandrakala.

Lembut tutur katanya melayan aku dan rakan-rakan setiap kali waktu mata pelajaran Bahasa Inggeris.

“Belajar rajin-rajin.

Kena cuba bercakap bahasa Inggeris walaupun sepatah pada setiap hari…”

Nasihat Cikgu Chandra dengan senyuman yang masih aku ingat.

Ketika menyambung pelajaran di Tingkatan Enam, aku berkenalan dengan agak ramai sahabat India.

Maklumlah berada di sekolah yang terletak di kawasan bandar.

Antaranya Mahesh, Selvaraj, Lingam, Murali dan Sivaraj. Kami rapat sekali.

Pernah ketika cuti sekolah kami menyewa van untuk bermusafir ke Cameron Highlands beramai-ramai.

Indahnya saat itu.

Tinggal kenangan di minda dan foto di album.

Di maktab perguruan aku ditempatkan di dalam Unit A.

Antara sahabat India kelasku ialah Arumugam dan Balakrisnan.

Kami sama-sama aktif dalam aktiviti pasukan Pengakap MPMK iaitu KLM 11.

Pergi berkhemah bagi mendapat pengiktirafan kursus manikayu di Kem Tanjong Labuh, Johor dan Kem Kijang di Kelantan.

Ketika mengajar di sebuah sekolah rendah di Kuantan, salah seorang murid kelas 6 Cemerlang berketurunan India.

Aku guru kelasnya.

Pelajar perempuan yang comel dan cukup bijak.

Namanya Megalashini.

Biasanya di dalam kelas antara 3 orang yang terbaik dalam akademik setiap kali peperiksaan.

“Apa khabar, cikgu.

Cikgu… saya dah jadi seorang doktor di Hospital TAA.

Terima kasih cikgu kerana mengajar saya dahulu…,” sapa Mega ketika bertemu dalam satu majlis.

Aku melihat di matanya penuh keikhlasan.

Terharu rasa hati bila anak didik telah berjaya.

Kini ketika masih berbaki beberapa tahun dalam perkhidmatan aku mengenali rakan India.

Jivanesan seorang yang peramah.

Lebih mesra dengan panggilan Jiva.

Bertugas sebagai pengawal keselamatan di tempatku bertugas.

“Encik Mad, ok?” sapanya mesra bila berjumpa.

Di sini juga aku mempunyai seorang sahabat pendidik bernama T.Elansegaran.

Seorang pendidik yang hebat.

Ringan tulang.

Mempunyai minat yang sama denganku iaitu dalam bidang penulisan kreatif.

Di kejiranan pula ada seorang keluarga India.

Kemesraan masih ada apabila sering menyapa setiap kali bertemu.

Saling hormat menghormati.

Sementara itu, pada tahun ini, ada empat orang pelajar keturunan India yang aku ajar.

Beberapa hari lepas kami bersembang dengan mereka tentang kehidupan sebagai pelajar.

Ada yang jauh merantau demi mendapatkan ilmu pengetahuan.

Darshan, Gushantan, Shankari dan Harshini.

“Darshan… macam mana kehidupan kamu sebagai pelajar sekarang ni…” tanyaku ringkas.

“Seronok cikgu…saya dapat blajar kecek klate dan ganu…” balasnya diiringi ketawa.

Darshan memang seorang pelajar yang periang dan peramah.

Begitulah warna-warni hidupku bersama insan Malaysia berketurunan India.

Mereka bukan sekadar insan yang aku kenali tetapi hadir seperti seorang taulan mengisi kehidupan.

Segala-galanya cukup indah dan memberi banyak pengertian.

Mungkin sebab itu aku suka makan kuih maruku.

BERITA LAIN

PEJUANG NAFKAH

Dia tidak pernah ambil tahu jika wang di saku sering berbaki cukup-cukup nyawa. Dia tidak pernah peduli kalau ringgit makin mengukuh merujuk ungkapan orang ekonomi.

GELANDANGAN

Melintasi kedai serba ada kulihаt dia berbaring santai menyesak ruang masуk ke pintu kedai pelanggan lalu-lalang memandang sinis menutup hidung. Kita ini miskin atau kaya

BERITA TERBARU

Empat maut padam kebakaran hutan Bromo

JAKARTA: Empat orang maut manakala dua lagi melecur teruk selepas terperangkap dalam asap tebal dan api yang merebak dengan pantas ketika berusaha memadamkan kebakaran hutan

Tubi Mbos khazanah kulinari Bidayuh

TUBI mbos merupakan warisan kulinari masyarakat Bidayuh Biatah di Kampung Pain Bojong yang lahir daripada kearifan tempatan sebagai bekalan makanan mesra alam untuk penduduk ke