ARTIKEL

Diaspora Turkiye di Malaysia mengundi dalam pilihan raya penentu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA LUMPUR: Diaspora Turkiye di Malaysia mula mengundi pada Sabtu untuk pusingan penentuan pemilihan presiden Turkiye yang menyaksikan persaingan antara penyandang presiden Recep Tayyip Erdogan dan pencabarnya Kemal Kilicdaroglu.

Pilihan raya penentu akan diadakan di Turkiye pada 28 Mei selepas Erdogan gagal memperoleh 50 peratus undi yang diperlukan untuk mengekalkan jawatannya pada pemilihan yang berlangsung Ahad lepas.

Kedutaan Turkiye di Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa kira-kira 700 rakyat Turkiye di Malaysia layak mengundi kali ini.

Proses pengundian dijalankan di kedutaan selama dua hari bermula Sabtu (20 Mei) dari 8 pagi hingga 10 malam.

“Kertas undi akan dihantar ke Turkiye pada Isnin.

Semua undi akan dikira pada malam 28 Mei,” menurut kenyataan itu.

Duta Turkiye ke Malaysia, Emir Salim Yuksel, berkata Turkiye sebuah negara demokrasi yang lengkap dengan peraturan dan adat. 

“Pusingan pertama pemilihan presiden telah pun selesai tanpa sebarang masalah.

Sistem pilihan raya boleh dipercayai, telus dan di bawah pemerhatian berterusan semua pihak yang terlibat,” katanya.

Pengundian pusingan pertama telah dijalankan dari 6 hingga 7 Mei di Malaysia.

Baca lain  Larangan majlis buka puasa

Sementara itu, pengundi Emre Senyuva, berkata mengundi di luar negara sangat istimewa dan berterima kasih kepada pihak kedutaan kerana memberi peluang kepadanya untuk melaksanakan haknya.

Kira-kira 3.4 juta rakyat Turki layak mengundi di luar negara daripada keseluruhan 64 juta pengundi. 

Pada pusingan pertama,  Erdogan memenangi 49.5 peratus undi manakala Kilicdaroglu, ketua pakatan pembangkang yang terdiri daripada enam parti, memperoleh 44.89 peratus undi.

BERITA LAIN

Banjir lahar sejuk landa Jawa Timur

JAKARTA: Sekurang-kurangnya 32 keluarga di Lumajang, Jawa Timur dipindahkan secara sukarela ke kawasan lebih selamat susulan limpahan banjir lahar sejuk yang dicetuskan Gunung Semeru pada

BERITA TERBARU

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,