ARTIKEL

Alif (dua kiri) merakam kenangan bersama pelajar SMK Julau semasa Program Integrasi Kesedaran Keselamatan Belia, hari ini.

Didik belia peka kepada faktor penyumbang jenayah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JULAU: Polis Daerah Julau terus mempergiat usaha mendidik golongan belia mengenai risiko jenayah dan gejala sosial menerusi Program Integrasi Kesedaran Keselamatan Belia yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Julau hari ini.

Ketua Polis Daerah Julau, DSP Alif Haiqal Ramesh Abdullah berkata, program tersebut merupakan langkah proaktif untuk mendekati golongan belia.

Pelajar SMK Julau berpeluang untuk merakam kenangan dan melawat pameran yang disediakan semasa program tersebut.

“Pendedahan serta meningkatkan kesedaran pelajar berkaitan aspek keselamatan diri dan persekitaran menjadi objektif utama program ini,” katanya semasa berucap dalam program tersebut.

Sehubungan itu, Alif memberitahu bahawa program ini turut mengetengahkan langkah praktikal pencegahan jenayah dan salah laku disiplin.

Ia juga mendorong kepada mereka untuk mengambil langkah menjauhi gejala yang boleh menjejaskan masa depan mereka.

Beliau berharap semua pelajar dapat memanfaatkan peluang ini untuk mendapatkan maklumat berkaitan keselamatan dan juga peluang kerjaya dalam kalangan badan beruniform.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada jawatankuasa pengelola program dan seluruh ahli jawatankuasa atas kerjasama dalam menjayakan program tersebut.

Program tersebut terbahagi kepada dua segmen iaitu sesi taklimat kesedaran keselamatan yang disampaikan oleh beberapa agensi dan pameran keselamatan.

BERITA LAIN

Pengurus klinik ‘jadi bilionair’ selama sejam

KUCHING: Seorang pengurus klinik, Wan Mohd Fairuz Wan Zainal Abidin, 33, terkejut apabila baki akaun banknya tiba-tiba memaparkan lebih RM1 bilion, sekali gus memberinya pengalaman

Pengurusan kewangan Sarawak dipuji

KUCHING: Penubuhan Dana Kekayaan Berdaulat Masa Hadapan mencerminkan pengurusan kewangan berhemat Sarawak dalam menjamin kestabilan fiskal negeri serta kepentingan generasi akan datang. Ahli Dewan Undangan

BERITA TERBARU