ARTIKEL

Didik murid jauhi dadah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Sekolah Rendah Islam Al-Amin Kuching menyertai Program Jelajah Aspirasi Bebas Dadah anjuran Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) yang berlangsung di Dewan Datuk Merpati Jepang, Sekolah Kebangsaan Merpati Jepang, pada 31 Oktober lalu. Program berkenaan dirasmikan Datuk Bandar Kuching Utara, Datuk Hilmy Othman.

Antara pengisian program ialah persembahan dikir barat oleh murid sekolah rendah serta pembukaan reruai bagi memperkenalkan institusi pendidikan Al-Amin di sekitar Kuching. Reruai berkenaan mengetengahkan tiga institusi pendidikan, iaitu Sekolah Menengah Al-Amin Kuching, Sekolah Rendah Al-Amin Matang Jaya dan Sekolah Rendah Al-Amin Samariang Pinggir.

Program itu turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti termasuk cabutan bertuah, pameran, pertandingan sukan serta demonstrasi anjing pengesan dadah (K9).

Demonstrasi K9 menarik perhatian murid dan pengunjung yang berpeluang menyaksikan keupayaan anjing pengesan dalam membantu usaha membanteras penyeludupan serta penyalahgunaan dadah.

Penganjuran program itu bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat, khususnya golongan murid, mengenai bahaya penyalahgunaan dadah serta kepentingan menjauhi gejala tidak sihat.

Pendedahan awal seumpama itu diharap dapat memupuk kesedaran dalam kalangan generasi muda untuk menjauhi dadah, sekali gus menyokong usaha membanteras penyalahgunaan bahan terlarang dalam masyarakat

BERITA LAIN

MyCARE bantu bina semula Gaza

HUMANITARIAN Care Malaysia (MyCARE) menganjurkan program HiTea Kemanusiaan: Bersama Membina Gaza bagi mengumpul dana untuk menyokong usaha pemulihan dan pembangunan semula Gaza. Program berkenaan merupakan

AI jadi medium dakwah

Usia emas bukanlah penghalang untuk terus menimba ilmu, sebaliknya merupakan fasa kehidupan yang perlu dimanfaatkan dengan memperkukuh amalan keagamaan, memperluas pengetahuan dan mendekatkan diri kepada

BERITA TERBARU