ARTIKEL

MyCARE bantu bina semula Gaza

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

HUMANITARIAN Care Malaysia (MyCARE) menganjurkan program HiTea Kemanusiaan: Bersama Membina Gaza bagi mengumpul dana untuk menyokong usaha pemulihan dan pembangunan semula Gaza.

Program berkenaan merupakan sebahagian daripada inisiatif MyCARE Road Tour (MRT) Sarawak 2026 yang turut bertujuan menyemarakkan solidariti masyarakat terhadap rakyat Palestin, khususnya penduduk Gaza yang terus berdepan krisis kemanusiaan.

Inisiatif itu juga menjadi platform untuk berkongsi maklumat dan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai realiti kehidupan penduduk Gaza, cabaran yang dihadapi serta keperluan mendesak bagi membina semula kawasan berkenaan.

Dana dikumpulkan menerusi tempahan tempat duduk dan meja serta sumbangan orang ramai bagi membantu usaha pemulihan, membuka peluang dan menyediakan masa depan lebih baik kepada masyarakat Gaza.

Orang ramai yang ingin menyumbang boleh berbuat demikian menerusi pautan https://mycare.qrd.by/ hiteasarawak.

Untuk maklumat lanjut, mereka boleh menghubungi Ustaz Abdullah Rabbani menerusi talian 014-996 0184 atau Ahmad Faris di talian 011-2701 6460. MyCARE berharap inisiatif berkenaan dapat menggalakkan lebih ramai masyarakat tampil menghulurkan bantuan sebagai tanda keprihatinan dan solidariti terhadap rakyat Gaza.

BERITA LAIN

Sistem pegawai integriti Sarawak diiktiraf IACA

KUCHING: Sistem pegawai integriti yang dibangunkan Sarawak mendapat pengiktirafan Akademi Antirasuah Antarabangsa (IACA) kerana pendekatannya yang unik dan berpotensi dijadikan contoh kepada wilayah serta negara

GPS perkemas persiapan hadapi PRU Sarawak Ke-13

KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) mempergiat persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) Sarawak Ke-13 menerusi penyelarasan jentera operasi yang melibatkan semua parti komponennya. Timbalan Premier

BERITA TERBARU

AI jadi medium dakwah

Usia emas bukanlah penghalang untuk terus menimba ilmu, sebaliknya merupakan fasa kehidupan yang perlu dimanfaatkan dengan memperkukuh amalan keagamaan, memperluas pengetahuan dan mendekatkan diri kepada

Apabila manusia jadi dagangan

PENAHANAN 130 rakyat Malaysia dalam serbuan di sebuah pusat penipuan atau scam di Pakistan baru-baru ini membuka kembali persoalan besar mengenai kegiatan jenayah rentas sempadan,