Resepi DEBM menyakiti hati dari menantu yang tersakiti

Diesel bernilai RM152,000 dirampas di Sibu

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Pasukan operasi memeriksa gudang yang menyimpan minyak diesel tanpa dokumen sah.
Pasukan operasi memeriksa gudang yang menyimpan minyak diesel tanpa dokumen sah.

SIBU: Seorang lelaki tempatan berusia 34 tahun ditahan kerana gagal menunjukkan dokumen sah menyimpan minyak diesel dianggarkan bernilai RM152,000 dalam sebuah gudang di Jalan Ding Lik Kwong, semalam.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili berkata, sepasukan pegawai dan anggota Pasukan Polis Marin Wilayah Lima (PPMW5) Sibu menerusi Op Kontraban telah membuat serbuan ke atas gudang berkenaan sekitar jam 12 tengah hari.

Hasil pemeriksaan katanya, pasukan operasi menemui 10,000 liter minyak diesel di dalam tiga buah tangki besi, sebuah lori tangki dan pam minyak.

“Suspek yang merupakan penjaga gudang turut ditahan kerana gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran menyimpan barang kawalan tanpa permit Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN),” katanya.

Kesemua tangkapan dan rampasan ujarnya, diserahkan kepada Pegawai Penyiasat KPDN Bahagian Sibu untuk siasatan dan tindakan lanjut.

“Tangkapan dan rampasan itu dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961,” tegas Zulkipli.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

24 Mac 2023

Berita Terbaru