NEW DELHI: Seorang wanita malang di Daerah Karnataka Mysuru yang dikurung oleh suami di kediaman mereka sejak 12 tahun lalu diselamatkan oleh polis baru-baru ini.
Menurut laporan India Today, wanita itu bagaimanapun enggan membuat laporan polis dan tinggal di rumah ibu bapanya.
Wanita berusia awal 30-an itu mendakwa suaminya mengunci dia di rumah mereka selama 12 tahun sejak berkahwin.
Dia juga terpaksa menggunakan kotak kecil untuk membuang air besar dan kecil.
Manakala dua anak mereka terpaksa menunggu di rumah selepas pulang dari sekolah dan hanya dibenarkan masuk ke rumah selepas suaminya pulang dari kerja.
“Sudah 12 tahun sejak saya berkahwin suami selalu mengunci saya di dalam rumah dan keadaan ini menyeksakan saya.
“Tiada seorang pun di kawasan ini yang mempersoalkan tindakannya malah anakanak saya balik dari sekolah, tetapi mereka berada di luar rumah sehingga suami balik kerja.
“Saya hanya dapat memberi mereka makanan melalui tingkap,” katanya kepada India Today.
Bagaimanapun, pegawai kanan polis kemudian mendedahkan bahawa wanita itu hanya dikurung di dalam rumahnya sekitar dua hingga tiga minggu lalu.
Wanita itu merupakan isteri ketiga kepada lelaki berkenaan.


