ARTIKEL

Dinding rumah pecah dihempap tanah runtuh

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PADAWAN: Amaran diberikan seorang lelaki telah menyelamatkan ibu dan kakaknya sekeluarga daripada kejadian tanah runtuh yang memusnahkan rumah mereka di Kampung Garung, di sini malam tadi.
Menurut salah seorang ahli keluarga berkenaan, John Mastern Guniam, 32, kejadian berlaku ketika hujan lebat kira-kira jam 9 malam.
Katanya, semasa kejadian, hanya ibunya dan kakaknya sekeluarga yang berada di dalam rumah.
“Waktu itu hujan lebat dan tanah di bukit yang terletak berhampiran rumah mula susur.
“Menyedari keadaan itu, abang saya yang tinggal berdekatan segera memaklumkan kepada ibu dan mengarahkan mereka keluar pergi ke rumahnya.
“Tidak lama selepas itu, runtuhan terus berlaku…mujurlah mereka sudah keluar dari rumah,” katanya yang ditemu bual, hari ini.
Menjelas lanjut, John berkata runtuhan itu telah menyebabkan dinding ruang tamu rumah mereka pecah.
Bagaimanapun, katanya tiada harta benda yang rosak kerana sebelum keluar dari rumah, ibunya sudah mengeluarkan barang-barang penting dari dalam rumah.

Tanah runtuh yang menghempap dan memusnahkan dinding sebuah rumah di Kampung Garung.

BERITA LAIN

Billy Mahu ICQS Biawak Dinaik Taraf

KUCHING: Cadangan menaik taraf Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Biawak perlu diberi perhatian bagi merancakkan perdagangan rentas sempadan di antara Sarawak dengan Kalimantan

BERITA TERBARU

Billy Mahu ICQS Biawak Dinaik Taraf

KUCHING: Cadangan menaik taraf Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Biawak perlu diberi perhatian bagi merancakkan perdagangan rentas sempadan di antara Sarawak dengan Kalimantan