ARTIKEL

DION DAS LOUIS menang perakTarian Piala Dunia 2025

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

»Penari cilik Sarawak, Dion Das Louis sekali lagi membanggakan nama Malaysia apabila meraih tempat kedua dalam Pertandingan Tarian Piala Dunia 2025 di Sepanyol.

Dion memperoleh 93.8 markah dalam kategori Solo Mini Peringkat Kebangsaan dan Cerita Rakyat dengan Kreativiti Etnik, sekali gus membolehkannya membawa pulang pingat perak.

Perkembangan itu dikongsikan oleh Timbalan Premier Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian menerusi hantaran di media sosialnya sebagai tanda penghargaan terhadap pencapaian Dion di pentas antarabangsa.

Dikenali sebagai “Little Borneo Birdie”, Dion melayakkan diri ke peringkat akhir Dance World Cup selepas menjuarai pusingan kelayakan Malaysia bagi kategori yang sama, anjuran Jabatan Seni dan Budaya Sabah.

Pada peringkat itu juga, beliau turut dinobatkan sebagai penerima Anugerah Solo Mini Terbaik.

Minat Dion terhadap tarian bermula sejak berusia enam tahun apabila guru tadikanya mencadangkannya menyertai pertandingan Pekit Keling Kumang.

Dengan sokongan kedua ibu bapanya, Dion tampil dengan persembahan bertemakan burung Ruai dan Kenyalang yang kemudiannya menjadi identiti tersendiri setiap kali membuat persembahan.

Kreativiti dalam penyampaian tarian yang menggabungkan unsur budaya Borneo dan karakter dinamik menjadikan Dion menonjol, bukan sahaja dalam pertandingan tempatan, tetapi juga antarabangsa.

Tahun lalu, Dion memenangi dua pingat emas dalam Kejohanan Seni Persembahan Sedunia (WCOPA) 2024 di Amerika Syarikat, masing-masing bagi kategori Tarian Etnik dan Foto Model.

Kejayaannya membuktikan bahawa bakat muda tempatan mampu bersaing di peringkat dunia sekiranya diberi peluang, pendedahan dan bimbingan yang sewajarnya.

BERITA LAIN

Yusuf Mahardika Lawan Rasa Takut

Mengakui dirinya penakut, pelakon Indonesia, Yusuf Mahardika, terpaksa berfikir dua kali sebelum menerima tawaran membintangi filem seram Rambut Sewu: Satu Langkah Geth. Namun, demi mencabar

ANZALNA NASIR titip doa buat AMIRA

Pelakon Anzalna Nasir turut menitipkan ucapan istimewa sempena ulang tahun kelahiran rakan baiknya, pelakon dan penyanyi Amira Othman. Menerusi perkongsian di Instagram Stories, Anzalna meluahkan

BERITA TERBARU

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

Polis tahan empat suspek kes khianat simbah cat

MIRI: Gara-gara tuntutan hutang pinjaman wang dalam talian yang dipercayai dibuat oleh anak lelakinya, seorang bapa berusia 54 tahun menerima ugutan sebelum kediamannya di sebuah