ARTIKEL

polis

Dipenjara halang tugas polis

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Mahkamah Majistret di sini, semalam, menjatuhkan hukuman penjara dua tahun terhadap seorang lelaki kerana menghalang tugas penjawat awam dengan sengaja melanggar seorang anggota polis menggunakan sebuah motosikal, dua tahun lalu.

Tertuduh berusia 31 tahun mengaku bersalah atas dua pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Zubaidah Sharkawi.

Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa di bawah Sekyen 353 Kanun Keseksaan, kerana menggunakan kekerasan jenayah terhadap seorang penjawat awam iaitu anggota polis berpangkat konstabel semasa menjalankan tugas.

Manakala, pertuduhan kedua, dia didakwa di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam melaksanakan tugas iaitu kepada mangsa yang sama.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di tepi Jalan Bintawa, sekitar jam 2.45 petang, 29 Januari 2022.

Majistret Zubaidah menjatuhkan hukuman penjara dua tahun terhadap kedua-dua pertuduhan selain memerintahkan hukuman terbabit berjalan secara serentak.

Menurut fakta kes, ketika kejadian, sepasukan polis cuba menahan seorang lelaki yang menunggang sebuah motosikal selepas menerima maklumat terdapat aktiviti pengedaran dan penagihan dadah di Jalan Bintawa.

Menyedari kehadiran pihak polis, tertuduh bertindak melarikan diri tetapi cuba ditahan oleh seorang anggota polis.

Namun demikian, tertuduh lalu melanggar anggota polis berkenaan hingga menyebabkan kecederaan pada bahagian kaki dan lutut kiri mangsa.

Mangsa kemudian dibawa ke hospital untuk menerima rawatan manakala tertuduh berjaya ditangkap oleh anggota polis yang lain.

Difahamkan, motif tertuduh melarikan diri kerana membawa sejumlah dadah dan pemeriksaan air kencing tertuduh juga positif dadah.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Nur Shafiqa Nyaie Ilin manakala tertuduh diwakili seorang peguam.

BERITA LAIN

Optimum infrastruktur kuasa hidro negara

KUCHING: Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berminat untuk bekerjasama dengan Sarawak Energy Berhad, Persatuan Tenaga Hidro Antarabangsa (IHA) dan Perikatan Boleh Diperbaharui Global

Buaya tersangkut pada mata kail di Sebuyau

SEBUYAU: Disangka ikan besar, rupa-rupanya buaya tersangkut pada mata kail yang dipasang penduduk di sungai Kampung Nat di sini, hari ini. Komander Operasi PBKII KUP

BERITA TERBARU