ARTIKEL

Dipukul, dimaki, dijerit kerana lupa arahan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SEREMBAN: Polis menahan seorang suri rumah kerana disyaki mendera anak angkat berusia 13 tahun di Kuala Klawang, Jelebu sejak tahun lepas.

Ketua Polis Daerah Jelebu, Supt Azizan Said berkata, wanita berusia 35 tahun itu ditahan pada 16 Jun susulan laporan pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat yang menerima aduan melalui e-mel Talian Kasih pada hari sama.

“Mangsa dijaga suspek sejak berusia enam tahun dan dikategorikan sebagai orang kurang upaya (OKU) kerana menghidap Sindrom Kurang Daya Tumpuan dan Hiperaktif (ADHD).

“Mangsa memberitahu didera apabila lambat atau lupa melaksanakan arahan, selain sering dimaki, dijerit dan dipukul menggunakan objek seperti penyangkut baju,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Azizan berkata, kejadian terbaharu berlaku pada 14 Jun apabila mangsa dipukul dengan batang besi pembersih vakum hingga lebam di beberapa bahagian badan termasuk siku, pergelangan tangan dan punggung ketika bersiap ke sekolah sempena hari sukan.

Pemeriksaan di Hospital Jelebu mengesahkan terdapat kesan kecederaan pada anggota badan mangsa disebabkan objek tumpul berbentuk rod yang dipercayai berlaku dalam tempoh tiga hari.

Azizan berkata, suspek yang mempunyai dua anak kandung berusia lima tahun dan tujuh bulan, dilepaskan dengan jaminan polis dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Polis masih menunggu laporan perubatan penuh dan siasatan juga meliputi punca kecederaan mangsa sama ada disebabkan penderaan atau tingkah laku hiperaktif.– BERNAMA

BERITA LAIN

Polis tahan empat suspek kes khianat simbah cat

MIRI: Gara-gara tuntutan hutang pinjaman wang dalam talian yang dipercayai dibuat oleh anak lelakinya, seorang bapa berusia 54 tahun menerima ugutan sebelum kediamannya di sebuah

BERITA TERBARU

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

Polis tahan empat suspek kes khianat simbah cat

MIRI: Gara-gara tuntutan hutang pinjaman wang dalam talian yang dipercayai dibuat oleh anak lelakinya, seorang bapa berusia 54 tahun menerima ugutan sebelum kediamannya di sebuah