Trending

Disangka hilang, lelaki OKU selamat balik sendiri ke rumah

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

SERIAN: Seorang lelaki kurang upaya (OKU) di Kampung Semukoi di sini dijumpai selamat selepas dilaporkan hilang kerana tidak balik ke rumah sejak semalam.

Lelaki itu dipercayai balik sendiri ke rumah, ketika operasi mencari dan menyelamat (SAR) sedang digerakkan setelah dia dilaporkan hilang oleh keluarganya.

Operasi melibatkan lima anggota bomba bersama Unit Anjing Pengesan (K9), tiga anggota polis, enam anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan 15 orang penduduk kampung.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan mangsa sekitar jam 9.45 pagi tadi setelah keluarganya membuat laporan polis.

Katanya mangsa dikatakan telah pergi ke kebun semalam pada lebih kurang jam 1.30 petang namun tidak pulang ke rumah.

“Bomba telah menjalankan pencarian dalam radius kilometer dari kawasan mangsa dikatakan hilang.

“Namun mangsa telah dijumpai, dipercayai balik sendiri ke rumah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

26 November 2023

Berita Terbaru