ARTIKEL

Disangka pengsan, pekerja buruh binaan disahkan meninggal dunia atas bumbung

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Mayat seorang buruh binaan ditemui terbaring di atas bumbung sebuah bangunan Kerajaan di Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Kuching ACP Awang mengesahkan Hii Chung Tiew, 63, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Menurut beliau laporan diterima daripada pihak awam sekitar jam 2.30 petang pada awalnya mengatakan mangsa dipercayai pengsan ketika melakukan pembaikan bumbung berkenaan.
“Mayat telah diturunkan dari bangunan berkenaan oleh pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan seterusnya dihantar ke Hospital Umum Sarawak untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi Suara Sarawak hari ini.
Awang Din turut mendedahkan siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dalam kejadian tersebut.
Bagaimanapun katanya kes masih dalam siasatan dan diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

BERITA TERBARU

Taman Kenyalang ngеna konsep moden

KUCHING: Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng nerima penuemai basa ari diligit Chung Yuan Christian University (CYCU), Taoyuan, Taiwan, ti bejuraika asil tungkap