ARTIKEL

Kredit: Bernama

Diskaun bas pelancong Korea Selatan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Agensi pelancongan Korea Selatan memaklumkan pada Isnin akan menawarkan diskaun tambang bas ekspres dan antara bandar kepada pelancong asing untuk menggalakkan perjalanan ke luar wilayah ibu negara, lapor Agensi Berita Yonhap.

Pertubuhan Pelancongan Korea akan memberikan diskaun 5,000 won (AS$3.30) setiap orang kepada 8,000 pelawat asing yang menggunakan bas ekspres atau antara bandar untuk pergi ke destinasi serantau, selama sebulan mulai Isnin.

Inisiatif itu, dengan kerjasama platform pelancongan Klook dan Go Hanpass, bertujuan meningkatkan akses kepada pengangkutan serantau dan mengurangkan tumpuan pelancong asing di kawasan metropolitan Seoul, kata pegawai.

Go Hanpass akan menawarkan kupon diskaun tambahan kepada pengguna bas, manakala Klook akan menyediakan perkhidmatan eSIM percuma untuk meningkatkan kemudahan bagi pengembara.

“Kami akan meneruskan promosi perkongsian awam-swasta supaya pengunjung dapat merasai pelbagai tarikan di kawasan serantau dengan menggunakan rangkaian pengangkutan tempatan seperti bas dan kereta api,” kata agensi itu dalam satu kenyataan.-Bernama-Yonhap

BERITA LAIN

Trump siarkan video lelaki maut akibat harimau

WASHINGTON: Presiden AS Donald Trump memuat naik rakaman yang mengemparkan di akaun Truth Social beliau pada Selasa, memaparkan seorang lelaki di Britain yang maut dibaham

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU