ARTIKEL

Keluarga yang berlindung di sebuah pusat perlindungan akibat keganasan militan RSF di Sudan, 10 Julai 2024. REUTERS/Faiz Abubakr/Foto fail

Doktor tanpa sempadan gantung operasi di kem pelarian terbesar Sudan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

NAIROBI: Pertubuhan bantuan Doktor Tanpa Sempadan (MSF) menggantung operasinya di sebuah kem pelarian di Sudan berikutan peningkatan pertempuran dan keganasan di wilayah Darfur Utara, lapor agensi berita Jerman dpa.

Agensi itu sebelum ini mengendalikan sebuah hospital medan di kem pelarian terbesar di wilayah berkenaan, iaitu Kem Zamzam, berhampiran ibu negeri Al Fashir.

Kem itu, yang menempatkan sekurang-kurangnya setengah juta orang, telah beberapa kali diserang menggunakan bedilan dalam beberapa minggu kebelakangan ini.

“Menghentikan projek kami di tengah-tengah bencana yang semakin meruncing di Zamzam adalah keputusan yang amat sukar,” kata pengarah negara MSF Yahya Kalilah dalam satu kenyataan pada Isnin.

“Kedekatan keganasan, kesukaran besar dalam menghantar bekalan, kemustahilan untuk menghantar kakitangan berpengalaman untuk mendapatkan sokongan yang mencukupi, dan ketidakpastian mengenai laluan keluar dari kem untuk rakan sekerja dan orang awam menyebabkan kami mempunyai sedikit pilihan.”

Sejak awal Februari sahaja, MSF telah merawat 139 pesakit yang mengalami kecederaan akibat tembakan dan serpihan letupan, dengan 11 pesakit termasuk lima kanak-kanak dilaporkan meninggal dunia di hospital MSF.

Mereka tidak dapat menerima rawatan sewajarnya di lokasi dan juga tidak boleh dirujuk ke satu-satunya hospital yang masih mempunyai keupayaan pembedahan di Al Fashir.

Sudan kini bergolak dengan perebutan kuasa berdarah sejak hampir dua tahun lalu antara pemerintah de facto Abdel-Fattah al-Burhan dan bekas timbalannya Mohamed Hamdan Daglo.

Tentera Sudan bertempur dengan militia RSF pimpinan Daglo. Walaupun tentera berjaya merampas kembali beberapa kawasan penting, khususnya di ibu negara Khartoum dan kawasan sekitarnya, RSF telah mengepung Al Fashir selama berbulan-bulan dan berulang kali menyerang kem pelarian tersebut.

Menurut angka Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), konflik itu telah menyebabkan lebih 12.5 juta orang kehilangan tempat tinggal.

— BERNAMA-dpaNAIROBI, 24 Feb (Bernama-dpa) — Pertubuhan bantuan Doktor Tanpa Sempadan (MSF) menggantung operasinya di sebuah kem pelarian di Sudan berikutan peningkatan pertempuran dan keganasan di wilayah Darfur Utara, lapor agensi berita Jerman dpa.

Agensi itu sebelum ini mengendalikan sebuah hospital medan di kem pelarian terbesar di wilayah berkenaan, iaitu Kem Zamzam, berhampiran ibu negeri Al Fashir.

Kem itu, yang menempatkan sekurang-kurangnya setengah juta orang, telah beberapa kali diserang menggunakan bedilan dalam beberapa minggu kebelakangan ini.

“Menghentikan projek kami di tengah-tengah bencana yang semakin meruncing di Zamzam adalah keputusan yang amat sukar,” kata pengarah negara MSF Yahya Kalilah dalam satu kenyataan pada Isnin.

“Kedekatan keganasan, kesukaran besar dalam menghantar bekalan, kemustahilan untuk menghantar kakitangan berpengalaman untuk mendapatkan sokongan yang mencukupi, dan ketidakpastian mengenai laluan keluar dari kem untuk rakan sekerja dan orang awam menyebabkan kami mempunyai sedikit pilihan.”

Sejak awal Februari sahaja, MSF telah merawat 139 pesakit yang mengalami kecederaan akibat tembakan dan serpihan letupan, dengan 11 pesakit termasuk lima kanak-kanak dilaporkan meninggal dunia di hospital MSF.

Mereka tidak dapat menerima rawatan sewajarnya di lokasi dan juga tidak boleh dirujuk ke satu-satunya hospital yang masih mempunyai keupayaan pembedahan di Al Fashir.

Sudan kini bergolak dengan perebutan kuasa berdarah sejak hampir dua tahun lalu antara pemerintah de facto Abdel-Fattah al-Burhan dan bekas timbalannya Mohamed Hamdan Daglo.

Tentera Sudan bertempur dengan militia RSF pimpinan Daglo. Walaupun tentera berjaya merampas kembali beberapa kawasan penting, khususnya di ibu negara Khartoum dan kawasan sekitarnya, RSF telah mengepung Al Fashir selama berbulan-bulan dan berulang kali menyerang kem pelarian tersebut.

Menurut angka Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), konflik itu telah menyebabkan lebih 12.5 juta orang kehilangan tempat tinggal. – BERNAMA-dpa

BERITA LAIN

Trump siarkan video lelaki maut akibat harimau

WASHINGTON: Presiden AS Donald Trump memuat naik rakaman yang mengemparkan di akaun Truth Social beliau pada Selasa, memaparkan seorang lelaki di Britain yang maut dibaham

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha