ARTIKEL

ADUN Kota Sentosa, Wilfred Yap Yau Sin ketika membahaskan RUU Perpustakaan Negeri Sarawak (Pindaan) 2026 di DUN Sarawak, hari ini. | Foto: PENERANGAN

Dokumen MA63 penting untuk generasi akan datang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Dokumen sejarah berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) perlu dipelihara bagi memastikan generasi akan datang memahami asas pembentukan Malaysia serta kedudukan Sarawak dalam Persekutuan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa, Wilfred Yap Yau Sin berkata, rekod sejarah yang sahih penting untuk menjelaskan pertimbangan pemimpin Sarawak ketika pembentukan Malaysia, termasuk perlindungan yang bertujuan menjaga kepentingan negeri dan rakyatnya.

MA63 bukan sekadar catatan sejarah, sebaliknya menjadi asas hubungan perlembagaan dan politik antara Sarawak dengan Persekutuan Malaysia serta perbincangan berkaitan hak, autonomi dan pembangunan negeri.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Perpustakaan Negeri Sarawak (Pindaan) 2026 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19, di sini, hari ini.

Menurutnya, perbincangan mengenai MA63 dan kedudukan perlembagaan Sarawak perlu berpandukan fakta serta dokumen yang boleh disahkan, bukannya catatan tidak lengkap atau maklumat yang belum dipastikan kesahihannya.

Sehubungan itu, beliau berkata, takrif Arkib Peringatan yang dicadangkan menerusi pindaan berkenaan dapat menjadi asas untuk memelihara dan mempamerkan bahan berkaitan pembentukan Malaysia, termasuk dokumen sejarah, gambar, surat-menyurat dan penerbitan rasmi.

Koleksi tersebut dapat membantu pelajar, penyelidik dan orang awam memahami sejarah pembentukan Persekutuan, selain memastikan pengalaman serta sumbangan Sarawak diberikan pengiktirafan sewajarnya.

Beliau menegaskan, pemeliharaan rekod sejarah bukan bertujuan menghidupkan semula perpecahan lama, sebaliknya memperkukuh pemahaman masyarakat dan membina hubungan lebih matang antara Sarawak dengan Persekutuan berasaskan pengetahuan sejarah serta pemahaman perlembagaan.

Katanya, usaha itu juga perlu merangkumi sumbangan masyarakat biasa, termasuk guru, pekerja, keluarga dan pemimpin masyarakat yang memainkan peranan dalam pembangunan komuniti serta pemeliharaan tradisi.

Beliau berkata, Perpustakaan Negeri Sarawak berperanan memastikan warisan sejarah berkenaan terus dipelihara, mudah diakses dan dihargai oleh generasi akan datang.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU