ARTIKEL

Syasya

Dolla terus sebagai trio

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PENYANYI Syasya mengumumkan pengunduran diri daripada kumpulan Dolla yang mengejutkan dunia hiburan Malaysia.

Kumpulan pop gadis Malaysia itu, yang asalnya terdiri daripada empat ahli iaitu Sabronzo, Tabby, Angel dan Syasya, kini diteruskan sebagai trio.

Menurut laman rasmi Instagram kumpulan tersebut, Syasya atau nama sebenarnya, Noor Syasya Afizah Shahrizal, 23, mengundur diri atas sebab peribadi.

Pengunduran salah seorang ahli ini cukup berat, namun hubungan mereka masih akrab.

“Dengan hati yang berat, kami ingin mengumumkan Syasya sudah mengambil keputusan untuk mengundurkan diri sebagai ahli Dolla di atas sebab peribadi.

“Hubungan kami berempat sangat erat.

“Kami masih menganggap Syasya sebagai adik kami, dan kami akan terus memberikan sokongan kepadanya,” kata mereka.

Salah seorang ahli Dolla, Sobronzo, berkata mereka tetap akan memberikan komitmen bagi meneruskan perjalanan seni kumpulan tersebut.

BERITA LAIN

Yusuf Mahardika Lawan Rasa Takut

Mengakui dirinya penakut, pelakon Indonesia, Yusuf Mahardika, terpaksa berfikir dua kali sebelum menerima tawaran membintangi filem seram Rambut Sewu: Satu Langkah Geth. Namun, demi mencabar

ANZALNA NASIR titip doa buat AMIRA

Pelakon Anzalna Nasir turut menitipkan ucapan istimewa sempena ulang tahun kelahiran rakan baiknya, pelakon dan penyanyi Amira Othman. Menerusi perkongsian di Instagram Stories, Anzalna meluahkan

BERITA TERBARU