ARTIKEL

RAKAM KENANGAN… Dr. Sim, Ezmir, Stephen serta tetamu kehormat lain merakam kenangan bersama pemenang Pertandingan Penghasilan Produk Kitar Semula Kotak Minuman Terpakai, baru-baru ini.

Program kitar semula libatkan 18 sekolah di Padawan, Serian

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sebanyak 236 kilogram kotak minuman terpakai berjaya dikumpulkan 18 sekolah rendah di Padawan, Serian dan Siburan menerusi Program Kelestarian Alam Sekitar 2026 anjuran bersama Dutch Lady Malaysia dan Trienekens (Sarawak) Sdn. Bhd.

Program itu memberi peluang kepada pelajar mengasah kreativiti melalui penghasilan produk baharu menggunakan bahan pembungkusan terpakai.

Inisiatif berkenaan dilaksanakan menerusi Pertandingan Pengumpulan dan Penghasilan Produk Kitar Semula Kotak Minuman Terpakai Dutch Lady Antara Sekolah yang menggalakkan pelajar mengumpulkan kotak minuman terpakai sebelum mengolahnya menjadi produk kreatif.

RAKAM KENANGAN… Dr. Sim, Ezmir, Stephen serta tetamu kehormat lain merakam kenangan bersama pemenang Pertandingan Penghasilan Produk Kitar Semula Kotak Minuman Terpakai, baru-baru ini.

Dilancarkan pada September lalu, pertandingan itu dilaksanakan dalam dua peringkat, iaitu pengumpulan kotak minuman terpakai dan cabaran menghasilkan produk kitar semula bagi sekolah yang berjaya mara ke peringkat akhir.

SJK Chung Hua Batu 10 muncul juara dan membawa pulang wang tunai RM3,000 berserta trofi kejuaraan.

Tempat kedua dimenangi SK St Elizabeth yang menerima wang tunai RM2,500, manakala SK RPR Batu Kawa menduduki tempat ketiga dengan hadiah RM2,000.

TAHNIAH… Dr. Sim menyampaikan trofi kejuaraan dan hadiah wang tunai kepada wakil SJK Chung Hua Batu 10.

Semua pemenang turut menerima sijil dan trofi sebagai pengiktirafan terhadap pencapaian masing-masing.

Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian berkata, kerjasama antara Trienekens dan Dutch Lady Malaysia membuktikan keupayaan syarikat daripada sektor industri berbeza menggabungkan kepakaran dalam menggalakkan pengasingan sisa dan amalan kitar semula.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah Program Kelestarian Alam Sekitar 2026 yang diadakan bersempena Hari Kelestarian Sedunia, baru-baru ini.

Sementara itu, Pengarah Hal Ehwal Korporat Dutch Lady Malaysia, Ezmir Hazizi Azhar berkata, pendidikan mengenai kelestarian alam sekitar perlu diterapkan kepada generasi muda sejak di bangku sekolah supaya amalan itu menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian.

Pengumpulan kotak minuman terpakai bukan sekadar pertandingan, sebaliknya membantu pelajar memahami bahawa pembungkusan yang tidak lagi digunakan masih mempunyai nilai dan boleh dimanfaatkan semula.

Program itu memasuki tahun kedua pelaksanaan hasil kerjasama Dutch Lady Malaysia dan Trienekens selepas projek rintis membabitkan lapan sekolah di Kuching dan Padawan dilaksanakan tahun lalu.

Penyertaan diperluaskan kepada 18 sekolah di Serian dan Siburan pada tahun ini bagi melibatkan lebih ramai pelajar dalam aktiviti pendidikan alam sekitar.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Trienekens, Stephen Chin berkata, program itu melengkapi inisiatif pendidikan alam sekitar syarikat berkenaan, ‘Wise Up to Waste’, dalam usaha membudayakan pengurusan sisa secara bertanggungjawab dalam kalangan generasi muda.

Katanya, pendedahan menerusi aktiviti seumpama itu diharap dapat melahirkan generasi yang mempunyai pengetahuan dan kesedaran untuk terus memainkan peranan sebagai pemelihara alam sekitar.

Dutch Lady Malaysia dan Trienekens berharap program berkenaan dapat diperluaskan ke seluruh Sarawak bagi memberi manfaat kepada lebih banyak sekolah, guru, pelajar, keluarga dan komuniti.

BERITA LAIN

Pesta Tanglung Mukah 2026 tarik 7,000 pengunjung

MUKAH: Kira-kira 7,000 pengunjung membanjiri Pesta Tanglung Bahagian Mukah 2026, mencatatkan peningkatan kehadiran berbanding penganjuran tahun sebelumnya. Pesta yang memasuki edisi kelima sejak diperkenalkan pada

BERITA TERBARU

Hajat belum ternoktah

DUA kekalahan dan satu seri dalam tiga perlawanan awal Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) pastinya bukan permulaan yang diharapkan Kuching City FC, namun perjalanan The