Dompet digital jadi pilihan di Indonesia

KAJIAN syarikat penyelidikan antarabangsa Perancis Ipsos penggunaan dompet digital berkembang pesat di Indonesia dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Pengarah Penyelidikan Pengalaman Pelanggan Ipsos Indonesia Olivia Samosir mengatakan penggunaan dompet digital tidak dapat dipisahkan dari kehidupan harian generasi muda.

“Seramai 68 peratus generasi muda Indonesia menggunakan dompet digital sekurangkurangnya dua kali seminggu dengan nilai tambah rata-rata Rp 140.663 (RM42) pada setiap minggu,” katanya.

Kebanyakan pengguna menggunakan dompet digital buat kali pertama untuk membayar perkhidmatan pengangkutan dalam talian (40 peratus) dan perkhidmatan penghantaran makanan dan minuman (32 peratus). Berdasarkan penyelidikan Ipsos, terdapat empat pemain utama dalam industri dompet digital Indonesia, iaitu GoPay, Ovo, Dana, dan LinkAja.

Hasil kajian mendapati GoPay berada di tempat pertama dan dompet digital yang paling banyak diketahui oleh generasi muda (58 peratus), diikuti oleh Ovo (29 peratus), Dana (9 peratus), dan LinkAja (4 peratus).

Dalam meneliti pengalaman generasi muda dalam menggunakan dompet digital, Ipsos mendapati 71 peratus daripada generasi muda menggunakan dompet digital kali pertama kerana galakan dan promosi.

Bagaimanapun, generasi muda sudah terbiasa dengan kemudahan yang ditawarkan oleh dompet digital dan kesetiaan mereka tidak lagi ditentukan semata-mata oleh promosi.

Sesetengah aspek yang dikehendaki oleh pengguna daripada dompet digital adalah kemudahan sebanyak 68 peratus, promosi sebanyak 23 peratus, dan keselamatan sebanyak 9 peratus,” jelasnya.

Suara Sarawak