ARTIKEL

Imej janaan AI

Donald Trump ancam kenakan tarif tambahan 50 peratus ke atas China

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ISTANBUL: Dalam perkembangan terkini ketegangan perang perdagangan global yang berterusan, Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Isnin mengancam untuk mengenakan tarif tambahan 50 peratus ke atas China, selain tarif timbal balik 34 peratus yang diumumkan minggu lepas.

“Semalam, China mengenakan tarif balas sebanyak 34 peratus, selain tarif mereka yang sudah sedia tinggi, halangan bukan monetari, subsidi haram syarikat, dan manipulasi mata wang jangka panjang — walaupun saya sudah memberi amaran bahawa mana-mana negara yang membalas tindakan AS dengan mengeluarkan tarif tambahan, selain daripada penyalahgunaan jangka panjang mereka terhadap negara kami, akan segera dikenakan tarif baharu yang jauh lebih tinggi,” kata Trump menerusi media sosial.

Beliau memberi amaran bahawa sekiranya China tidak menarik balik kenaikan tarif 34 peratus itu sebelum 8 April, beliau akan melaksanakan tarif tambahan 50 peratus, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Kadar tarif baharu itu akan berkuat kuasa mulai Rabu, tambahnya.

“Selain itu, semua rundingan dengan China berkaitan permohonan mesyuarat mereka dengan kami akan dibatalkan. Rundingan dengan negara lain yang turut memohon mesyuarat dengan kami akan dimulakan segera,” kata Trump.

Pada Rabu lalu, Presiden AS itu mengumumkan tarif timbal balik yang menyeluruh ke atas lebih 180 negara, dengan kadar antara 10 peratus hingga 50 peratus.

China dikenakan tarif sebanyak 34 peratus.

Sebagai tindak balas, Beijing turut mengenakan tarif tambahan 34 peratus ke atas semua import dari AS – langkah yang dilihat sebagai tindak balas setimpal. – BERNAMA

BERITA LAIN

Perkukuh daya tahan ekonomi

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan

Industri minyak dan gas perluas operasi

KUALA LUMPUR: Industri perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia di landasan tepat bagi fasa pertumbuhan selanjutnya dan perlu terus memperluas skala operasi, inovasi

BERITA TERBARU

A. Aida reda filem tiada sambutan

PENERBIT terkenal, Datuk A. Aida menerima dengan hati terbuka hakikat bahawa filem terbitannya, Bisikan Nafsu, tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan selepas mula ditayangkan di

A310 VISION tampil futuristik

ALPINE memperkenalkan A310 Vision, sebuah kereta konsep eksklusif sempena ulang tahun ke-55 pengenalan model kereta sukan A310 pada 1971. Kereta konsep yang dihasilkan dalam satu