ARTIKEL

Para pemenang ACSJ Kesembilan bergambar kenangan pada malam kemuncak di sini, malam tadi.

Douglas Uggah: Karya yang bermakna lebih berharga daripada kemenangan di ACSJ

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BETONG: Karya yang terus hidup dan memberi makna kepada masyarakat merupakan legasi yang lebih besar dalam industri muzik serta kreatif Iban, kata Timbalan Premier, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Menurutnya, Anugerah Carta Sapa Juara (ACSJ) bukan sekadar platform pertandingan muzik, sebaliknya menjadi wadah penting untuk mengangkat bakat dan karya penggiat muzik Iban, selain membuka ruang kepada generasi muda membina kerjaya dalam industri kreatif.

“Kemenangan adalah satu pencapaian, tetapi karya yang terus hidup dan memberi makna kepada masyarakat merupakan legasi yang lebih besar.

“Oleh yang demikian, saya berharap lebih ramai anak muda melihat industri muzik dan kreatif Iban sebagai bidang kerjaya serta keusahawanan yang mempunyai masa depan.

“Industri muzik bukan sahaja menjadi ruang untuk mengekspresikan kreativiti, malah turut memberi peluang kepada anak muda untuk mengangkat identiti masyarakat sendiri,” katanya.

Beliau yang juga Penaung Utama ACSJ berkata demikian menerusi perutusan sempena malam kemuncak ACSJ Kesembilan yang berlangsung di Dewan Sukan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan di sini, malam tadi.

Jelasnya, ACSJ perlu terus berkembang melangkaui fungsi sebagai pertandingan muzik dengan menjadi sebahagian daripada ekosistem pembangunan bakat dan industri kreatif Sarawak.

“Saya menaruh harapan agar ACSJ terus berkembang daripada satu pentas pertandingan kepada sebuah platform pembangunan bakat, pengkaryaan dan industri yang mampu melahirkan lebih ramai profesional muzik Iban, selain membuka peluang ekonomi dalam sektor kreatif Sarawak,” ujarnya.

Malam kemuncak ACSJ Kesembilan menyaksikan 12 finalis berentap bagi merebut gelaran juara.

Lagu Arissa karya Jesley Jabu dan Matthius Mambang yang dinyanyikan kumpulan Tanah Berenyang, muncul juara dan membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000.

Naib juara pula menjadi milik Mawat menerusi lagu popular Dayang Bintang, ciptaan Maxwell Franklin Saran, yang melayakkannya menerima RM8,000.

Sementara itu, lagu Diempu Nuan Siku nyanyian Phoebe Chloe menduduki tempat ketiga dengan hadiah RM5,000. Lagu berkenaan merupakan karya penyanyi sendiri bersama Deen Aladdin.

Bagi anugerah khas, Winnie Albert dinobatkan sebagai Vokal Terbaik dan menerima RM1,000, manakala Joannes Johny Aman memenangi Lirik Terbaik menerusi lagu Nuan Bisi Intan Dikembuan dengan hadiah RM500.

Mawat turut mencatat kejayaan berganda apabila dinobatkan sebagai Artis Paling Popular dan Persembahan Terbaik, manakala lagu Dayang Bintang memenangi kategori Lagu Paling Popular.

Ramles Walter pula dinobatkan sebagai Artis Paling Sporting dan membawa pulang hadiah RM500.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU