ARTIKEL

Dr. Jerip bebas Covid-19

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Menteri Muda Pengangkutan Datuk Dr. Jerip Susil memaklumkan dirinya kini bebas dari jangkitan Covid-19.

“Saya ingin memaklumkan bahawa dua ujian jangkitan Covid-19 ke atas saya menunjukkan keputusan negatif.

“Ini bermakna saya bebas daripada jangkitan,” katanya dalam posting di Facebook, hari ini.

Bagaimanapun, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mambong itu berkata beliau masih perlu menjalani kuarantin sehingga 21 April ini.

Dr. Jerip disahkan positif Covid-19 pada 3 April lalu dan telah dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk rawatan.

Beliau dipercayai berjangkit daripada seorang pekerjanya yang telah menghadiri Good News Fellowship Conference Church.

BERITA LAIN

Jalan Balingian-Sungai Anak perlu dinaik taraf

KUCHING: Penyelenggaraan, kerja naik taraf serta penyambungan pembinaan Jalan Persekutuan Balingian–Sungai Anak yang menghubungkan rangkaian Jalan Pan Borneo perlu diberikan perhatian serius, kata ADUN Balingian

Naik Taraf Balingian Sebagai Daerah Penuh

KUCHING: Daerah Kecil Balingian dicadangkan agar dinaik taraf kepada daerah penuh berdasarkan keluasan kawasan, perkembangan penduduk, pertumbuhan ekonomi serta peningkatan keperluan perkhidmatan kerajaan. ADUN Balingian

BERITA TERBARU