ARTIKEL

Dr Juanda ingatkan penduduk daerah Matu agar berwaspada

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MATU: Adun Jemoreng, Datuk Dr Juanda Jaya mengingatkan penduduk daerah Matu berwaspada dengan ancaman Covid-19.
“Ini adalah serius dan merbahaya,” ujarnya dalam ciapan ringkas di laman sosial Facebook rasmi miliknya sebentar tadi.
Peringatan itu dibuat oleh beliau  berikutan laporan lima kes positif membabitkan daerah Matu hari ini.
“Ini adalah pertama kali musibah ini sampai ke Daerah ini. Allahul mustaan.
“Nasihat saya kepada semua agar mematuhi segala Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Pakai pelitup muka, jaga jarak, selalu cuci tangan,” katanya.
Beliau juga menasihatkan penduduk agar jangan keluar rumah kecuali ada keperluan.
“Jangan pergi keluar daerah. Kalau ada orang dari luar masuk kampung, nasihatkan untuk tangguhkan perjalanan buat masa ini,” ujarnya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU