PDRM cari Rizal, belasah pemborong sayur separuh mati

Dr Sim cetus semangat di Sarikei

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
GPS! MENANG, MENANG, MENANG....Datuk Seri Dr Sim (tengah) dan Datuk Seri Huang (kanan), Datuk Ding (kiri) bersama para penyokong. FOTO MOHD. ALIF NONI
GPS! MENANG, MENANG, MENANG….Datuk Seri Dr Sim (tengah) dan Datuk Seri Huang (kanan), Datuk Ding (kiri) bersama para penyokong. FOTO MOHD. ALIF NONI

SARIKEI: Cetusan semangat buat para penyokong dan calon GPS P.208 Datuk Seri Huang Tiong Sii dalam mengharungi beberapa hari terakhir berkempen.

Dengan kehadiran Timbalan Premier Datuk Seri Sim Kui Hian yang meluangkan masa turun ke Sarikei.

Beliau yang juga Presiden Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) turut melakukan tinjauan ke Bilik Gerakan P.208 yang turut disertai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Maradong Datuk Ding Kuong Hiing.

Dalam ucapan ringkasnya, Sim menggesa masyarakat terutama pengundi di kawasan untuk menunaikan tanggungjawab pada hari pengundian sebenar kelak.

Katanya, kebijaksanaan pengundi dalam memilih calon tepat penentu kemenangan calon GPS itu.

“Kita berharap, anda sebagai pengundi dapat membuat pilihan yang tepat pada hari pengundian kelak,” ujar beliau.

Sejurus itu, Sim terus bergegas ke Tokong Persatuan Buddha Orthodox Sarikei bagi menghadiri program penyerahan geran kepada rumah ibadat tersebut sebelum bergegas menghadiri satu lagi program lain.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

30 Mac 2023

Berita Terbaru

Hias meja konsol

HIAS meja konsol harus mengambil kira ruangan bilik untuk memastikan