Gempak Originals Series membawakan Scammer Geng Marhaban dengan genre komedi bertemakan rompakan dan penipuan di sebuah kampung.
Drama bersiri lapan episod ini diarahkan Waan Hafi z, menampilkan bakat baharu seperti Amir Ahnaf, Lorenzo Irmann dan Qistina Khaled.
Drama ini mengisahkan tentang dua adik-beradik yang tidak sehaluan — Aidil dan Adib.
Namun, apabila ibu mereka Hajah Quyah terjerat dalam kegiatan penipuan ketika cuba mempertahankan jawatan Presiden Persatuan Marhaban, Aidil dan Adib cuba mencari dalang yang menipu ibu mereka.
Sepanjang memburu si penipu, banyak insiden berlaku termasuk jerat percintaan di antara Aidil dengan Adib melibatkan seorang gadis.
Untuk mengetahui lebih lanjut, jangan lupa ikuti drama komedi Scammer Geng Marhaban secara strim di platform Astro GO dan On Demand.



