ARTIKEL

Dron terbaharu DJI kini tersedia di pasaran

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Dron tiga kamera optikal pertama, Mavic 3 Pro iaitu keluaran DJI kini tersedia di pasaran Malaysia.

Menariknya, dron andalan terbaharu ini dilengkapi dengan kamera tele sederhana 70mm, sesuai untuk bingkai subjek berkuasa.

“Mavic 3 Pro dilengkapi kamera terkemuka Hasselblad, dua kamera tele dan mempunyai masa penerbangan maksimum selama 43 minit.

“Dron ini turut didatangi dengan sensor istimewa DJI Omnidirectional Obstacle Sensing dan juga Transmisi Video HD 15 km untuk pencipta lebih kreatif ketika mengambil rakaman,” kata DJI dalam satu kenyataan.

Sistem tiga kamera Mavic 3 Pro turut memberi prestasi pengimejan berkualiti tinggi menerusi jarak fokus berganda (24mm/70mm/166mm).

Kamera 4/3 CMOS Hasselblad pula menyokong penangkapan foto RAW 12-bit dengan julat dinamik sehingga 12.8 hentian, seterusnya menghasilkan butiran imej menawan.

Tambahan pula, Penyelesaian Warna Semula Jadi Hasselblad (HNCS) berupaya memulihkan warna sebenar dengan tepat.

“Pencipta dan studio kecil pasti tidak kecewa dengan hasil rakaman yang terhasil daripada set spesifikasi video profesional yang mengagumkan dan tangkapan imej sehingga 5.1K pada 50fps atau DCI 4K pada 120fps.

“Warna D-Log M 10-bit baharu menyokong rakaman sehingga satu bilion warna walaupun dalam senario kontras tinggi seperti matahari terbit dan terbenam.

“Selain itu, D-Log M mengurangkan kesukaran pengelasan warna, membolehkan pascapengeluaran yang cekap tanpa kehilangan kualiti atau kejelasan imej.

Mavic 3 Pro Cine pula menyediakan pilihan meluas untuk pencipta profesional,” kata kenyataan itu.

Dron ini mampu terbang sehingga 43 minit dan pencipta tidak perlu bimbang akan jangka hayat bateri.

Selain itu, sistem penghantaran dron DJI O3+ memberikan paparan kamera yang stabil dan jelas serta mampu menghantar suapan langsung HD 1080p/60fps pada kadar bingkai tinggi pada jarak sehingga 15 km. 

BERITA LAIN

Pelaburan RM218.5 bilion cipta 99,030 peluang pekerjaan

PUTRAJAYA: Sebanyak 2,746 projek pelaburan yang diluluskan pada separuh pertama 2026 dijangka mewujudkan 99,030 peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia. Ketua Setiausaha Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan

BERITA TERBARU

Chery mohon maaf isu Omoda

Pengerusi dan Presiden Chery, Yin Tongyue, memohon maaf ber-hubung dengan kebimbangan terhadap kualiti kenderaan ke-luarannya di Malaysia susulan insiden sebuah Chery Omoda 5 yang mengalami

Wajib bayar HUTANG, jangan tangguh

Hutang merupakan perkara yang lazim dalam kehidupan manusia. Ada yang berhutang untuk memenuhi keperluan keluarga, membeli rumah, mendapatkan kenderaan atau menjalankan perniagaan. Islam tidak melarang