KUCHING: Dua anggota polis digantung kerja serta-merta selepas disyaki cuai terhadap dakwaan seorang remaja perempuan dirogol tahanan lain ketika berada di dalam lokap Balai Polis Pusat Miri pada 9 Januari lalu.
Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail berkata, tindakan itu diambil sementara menunggu hasil siasatan terperinci terhadap kes tersebut yang kini sedang dijalankan.
“Kedua-dua anggota tersebut disahkan telah bertugas pada malam kejadian.
“Sekiranya didapati berlaku kecuaian dan ketidakpatuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP) ketika bertugas, tindakan tegas akan diambil terhadap mereka serta penyelia,” katanya ketika dihubungi Suara Sarawak.
Terdahulu, Senator Alan Ling Sie Kiong menerusi hantaran di akaun Facebook milik beliau hari ini bersama mangsa dan bapanya hadir ke Balai Polis Pusat Miri untuk membuat laporan berhubung insiden.


Wenzel Mahu Tebus Kecewa Di Kemboja, Janji Beri Segalanya Untuk Sarawak
KUCHING: Penyerang Kuching City FC, Dylan Wenzel-Halls mahu menjadikan aksi pertama Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di laman sendiri sebagai peluang menebus kekecewaan selepas gagal


