ARTIKEL

Dua bersaudara teruja khatan bersama

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARIKEI: Seronok dan teruja. Itulah reaksi dua bersaudara yang menyertai program khatan perdana anjuran Saberkas dan Pemuda N.41 Kuala Rajang di sini, hari ini.

Ahmad Mirza Safyan Mahmudin, 8, berkata, dia gembira berpeluang menyertai program itu bersama rakan-rakan lain.

Malah katanya, perasaan gementar hilang selepas melihat rakan seusianya tenang untuk berkhatan.

“Saya gembira selepas diberitahu akan bersunat hari ini. Rasa gementar itu memang ada tapi hilang selepas saya lihat rakan sebaya keriangan seolah-olah tak ada apa-apa yang berlaku,” katanya kepada Suara Sarawak.

Sepupunya, Adam Fariz Shahrul, 8, berkata, pengalaman berkhatan beramai- ramai itu menjadi kenangan paling manis yang tidak dilupakan sampai bila-bila.

Katanya, dia cukup seronok selepas diberitahu akan berkhatan lebih- lebih lagi berpeluang menyertai program itu bersama rakan-rakan sebaya.

“Tidak sabar untuk jadi ‘orang dewasa’ dan pengalaman ini tidak akan saya lupakan,” katanya yang juga murid Tahun Dua Sk St Francis.

Dalam pada itu, lebih 100 kanak-kanak akan menyertai Program Berkhatan Perdana 2019 anjuran Saberkas N. 41 Kuala Rajang.

Majlis perasmian progran disempurnakan Menteri Muda Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datu Len Talif Salleh yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.41 Kuala Rajang.

Sehubungan itu, Ketua Pemuda N.41 Kuala Rajang, Mohd Tazullah Khan berkata, penganjuran program itu merupakan sebahagian daripada aktiviti  khidmat masyarakat bagi meringankan beban ibu bapa terutama mereka yang kurang berkemampuan.

Beliau berkata, penganjuran program diadakan pada musim cuti persekolahan kerana sesuai dan lebih meriah diadakan secara beramai-ramai.

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

MBKS bandar pelancongan bersih ASEAN

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menerima pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City Standard bagi tempoh 2026 hingga 2028, sekali gus mengekalkan pencapaian itu untuk kali

BERITA TERBARU

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan