ARTIKEL

SUSPEK menunjukkan barang yang dicuri sebelum dijual.

Dua ditahan, kes pecah rumah di Kabong selesai

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KABONG: Tangkapan dua suspek kes pecah masuk rumah di Kabong bukan sahaja berjaya menyelesaikan kes terbaharu, malah turut membongkar satu lagi kejadian kecurian yang berlaku kira-kira sebulan lalu.

Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie berkata, kedua-dua pemuda berusia 26 tahun itu disyaki terlibat dalam kegiatan pecah rumah dan mencuri mesin pemotong rumput.

Menurutnya, dalam kejadian pada Ahad lalu, suspek mengaku pergi ke rumah pengadu sebelum menyelinap masuk melalui pintu belakang dengan membuka skru pada engsel mangga.

BARANG kes yang turut dirampas di rumah suspek.

“Sebaik berjaya memasuki rumah tersebut, suspek mengambil sebuah mesin pemotong rumput yang berada di ruang dapur.

“Hasil soal siasat lanjut mendapati kedua-dua suspek turut mengaku terlibat dalam satu lagi kes pecah rumah dan kecurian di kampung sama pada 20 Mac lalu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau menjelaskan, semua barangan yang dicuri telah dirampas di kediaman suspek pertama di Kampung Perpat.

“Barangan curi tersebut dipercayai disimpan sementara sebelum dijual dan hasil jualan digunakan untuk mendapatkan bekalan dadah,” ujarnya.

Tambahnya, polis telah memperoleh perintah reman daripada mahkamah bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan, termasuk bagi mengesan penglibatan suspek dalam kes-kes lain.

Dalam pada itu, kedua-dua suspek didapati positif dadah jenis amfetamin dan methamfetamin, manakala semakan turut mendapati suspek kedua mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah.

BERITA LAIN

Cubaan seludup rokok di Serikin gagal

KUCHING: Cubaan menyeludup rokok ke Indonesia melalui laluan haram di Serikin berjaya digagalkan Tentera Darat Malaysia (TDM) dengan nilai keseluruhan rampasan mencecah RM194,850, awal pagi

BERITA TERBARU