ARTIKEL

Awangku Hafizi merakam kenangan bersama-sama petinju muda Kelab Tinju Tidal Bore pada majlis makan malam bagi meraikan petinju TBBC Sri Aman di Awada Foodcourt, malam tadi.

Dua Emas, Tujuh Perak Bukti Kehebatan Petinju Muda TBBC Sri Aman

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SRI AMAN: Petinju muda Kelab Tinju Tidal Bore (TBBC) Sri Aman membuktikan kehebatan mereka apabila menggondol dua emas dan tujuh perak pada Kejohanan Tinju Siri 101 JAB Amatur 2026 di Dewan Kelab Melayu Kampung Nyabor (MUC), Sibu baru-baru ini.

Presiden TBBC Sri Aman Awangku Hafizi Awang Azahari melahirkan rasa syukur atas pencapaian itu dan menyifatkannya sebagai hasil disiplin para petinju menjalani sistem latihan kelab.

“Saya tahu kejayaan ini bukan mudah digapai. Dengan dua emas dan tujuh perak, ia menunjukkan disiplin anda semua dalam menjalani sistem kejurulatihan kelab, dan ini bermakna sistem yang dilaksanakan selama ini berada dalam keadaan baik,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa majlis makan malam bagi meraikan petinju TBBC Sri Aman di Awada Foodcourt, malam tadi.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada pengurusan pasukan, barisan jurulatih diketuai Kamaruddin Mohamad yang dibantu Joe Engkujat, Mohd Ishak Wahab dan Subhi Ahmad, para petinju serta pasukan teknikal atas sumbangan mereka.

Menurutnya, kerjasama pasukan pengurusan amat baik, manakala dari segi kewangan, kelab yang ditadbir sendiri itu akan terus berusaha mengumpul dana.

BERITA LAIN

Satu Gol Ranap Impian KCFC

KUCHING: Hanya satu gol memisahkan Kuching City FC daripada memburu kemenangan pertama dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 apabila skuad The Cats terpaksa berputih

BERITA TERBARU

Satu Gol Ranap Impian KCFC

KUCHING: Hanya satu gol memisahkan Kuching City FC daripada memburu kemenangan pertama dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 apabila skuad The Cats terpaksa berputih