KUCHING: Dua jemaah haji berasal dari Sarawak disahkan meninggal dunia ketika menunaikan rukun Islam kelima di kota Mekah.
Perkara itu didedahkan oleh Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi sekali gus memberitahu 970 lagi dalam keadaan sihat.

Terdahulu, Abdul Rahman turut serta dalam menyambut ketibaan kumpulan pertama jemaah haji seramai 141 orang.
Kesemua peserta yang dilaporkan menaik pesawat KT70Q selamat mendarat di LTAK pada jam kira-kira 8.30 malam.
Menurut Abdul Rahman, empat lagi penerbangan jemaah haji selepas penerbangan pertama adalah pada awal pagi 13, 14 dan 18 Julai ini.
Pada masa yang sama, beliau menasihatkan agar masyarakat Islam merebut peluang menunaikan haji pada usia muda.

