ARTIKEL

Dua juara tempatan dari Sarawak menerima Malaysia SDG Community Impact Icon Award

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Sumbangan di peringkat komuniti membawa dua Juara Tempatan dari Sarawak ke pentas nasional apabila mereka menerima The Malaysia SDG Community Impact Icon Award bersempena 5th Malaysia Sustainability Leadership Summit 2026 di The Majestic Hotel, Kuala Lumpur.

Dua penerima dari Sarawak itu ialah Kevin Jampang Ranggak, Pengerusi Kelab Belia Pekan Pakan, dan Maurice Josaphat Jepun, APPGM-SDG Local Coordinator, Mukah.

Pengiktirafan tersebut merupakan penghargaan terhadap sumbangan dan komitmen kedua-dua penerima dalam melaksanakan inisiatif yang memberi impak kepada komuniti serta menyokong aspirasi Sustainable Development Goals (SDG).

Bagi Kevin, pengiktirafan itu bukan sekadar pencapaian peribadi, tetapi turut menjadi penghargaan kepada semua pihak yang bersama-sama menjayakan usaha pembangunan belia dan komuniti.

“Saya menerima pengiktirafan ini dengan penuh rasa syukur dan rendah hati.

Anugerah ini bukan milik saya seorang, tetapi merupakan penghargaan kepada seluruh komuniti, rakan-rakan belia, sukarelawan dan semua pihak yang sentiasa memberikan sokongan dalam usaha membawa perubahan positif kepada masyarakat,” katanya.

Beliau turut menyifatkan pengiktirafan bersama seorang lagi penerima dari Sarawak sebagai sesuatu yang membanggakan kerana ia membuktikan bahawa usaha dan sumbangan masyarakat di Sarawak turut mendapat perhatian serta pengiktirafan di peringkat nasional.

“Ini adalah satu amanah untuk kami terus berusaha memperkasakan belia, memperkukuhkan komuniti dan memastikan setiap inisiatif yang dilaksanakan mampu memberikan manfaat yang berterusan kepada masyarakat,” katanya.

Pengiktirafan tersebut disampaikan kepada sejumlah 12 pemimpin tempatan Inisiatif Intervensi Dasar, usaha sama APPGM-SDG, Yayasan Hasanah dan Kementerian Kewangan, dalam rangka 5th Malaysia Sustainability Leadership Summit 2026 yang membawa tema “Driving Sustainable Development Through Transformative Partnerships and Collaboration.”

Kejayaan dua penerima dari Sarawak, Kevin Jampang Ranggak dan Maurice Josaphat Jepun, diharapkan dapat menjadi inspirasi kepada lebih ramai pemimpin masyarakat dan golongan belia di Sarawak untuk terus aktif menyumbang kepada pembangunan komuniti serta agenda kelestarian negara.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU