ARTIKEL

Kedua-dua mangsa dijumpai selamat pagi tadi.

Dua Kanak-Kanak Hilang Di Pasir Pandak Ditemukan Selamat Berhampiran Pantai

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Dua kanak-kanak berusia lima tahun ditemukan selamat setelah kira-kira 24 jam hilang di Kampung Pasir Pandak.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, kedua-dua kanak-kanak perempuan itu dijumpai oleh penduduk kampung kira-kira 9.05 pagi tadi.

“Kedua-dua mangsa dijumpai selamat oleh penduduk kampung di lokasi Batu Gelingan berhampiran pantai dengan jarak satu kilometer dari Pusat Kawalan Operasi,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata kedua-dua mangsa seterusnya dibawa ke Hospital Umum Sarawak bagi pemeriksaan lanjut.

Terdahulu, kedua-dua mangsa dilaporkan keluar kira-kira 9 pagi semalam menuju ke rumah nenek mereka yang terletak kira-kira 50 meter dari rumah untuk bermain bersama-sama sepupu.

Bagaimanapun kira-kira 11 pagi, bapa kepada salah seorang mangsa menyedari bahawa kedua-duanya tidak berada di lokasi permainan.

Usaha pencarian awal dilakukan oleh keluarga di sekitar kawasan kampung, namun mereka masih gagal ditemui.

Susulan itu, laporan polis dibuat mengenai kehilangan mangsa, dengan operasi mencari dan menyelamat (SAR) segera digerakkan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU