ARTIKEL

TAHAN… Dua suspek ditahan kerana disyaki bertindak sebagai keldai akaun bagi membantu siasatan tiga kes penipuan dalam talian yang membabitkan kerugian keseluruhan RM15,260.

Dua keldai akaun ditahan bantu siasatan kes penipuan RM15,260 di Lundu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LUNDU: Dua lelaki tempatan yang disyaki bertindak sebagai keldai akaun ditahan baru-baru ini bagi membantu siasatan tiga kes penipuan dalam talian yang membabitkan kerugian keseluruhan RM15,260.

Ketua Polis Daerah Lundu Superintenden Sudirman Kram berkata kedua-dua suspek berusia lingkungan 30-an dan 50-an itu ditahan dalam dua operasi berasingan pada 14 dan 15 Julai.

“Suspek pertama yang ditahan pada 14 Julai dipercayai digunakan sebagai keldai akaun dalam dua kes penipuan yang menggunakan modus operandi menyamar sebagai rakan atau kenalan menerusi aplikasi WhatsApp.

“Kes berkenaan membabitkan kerugian RM9,700 dengan laporan polis dibuat oleh mangsa di IPD Klang, Selangor dan IPD Brickfields, Kuala Lumpur,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Sudirman, suspek kedua pula ditahan pada 15 Julai kerana disyaki menjadi keldai akaun bagi kes penipuan pinjaman tidak wujud yang dipromosikan menerusi Facebook membabitkan kerugian RM5,560.

Katanya, kes itu dilaporkan oleh mangsa di IPD Seremban, Negeri Sembilan.

“Orang ramai diingatkan supaya tidak menyerahkan maklumat perbankan, kad ATM atau sebarang instrumen kewangan kepada individu lain kerana ia boleh disalahgunakan oleh sindiket penipuan,” jelasnya.

Beliau berkata mana-mana individu yang didapati bertindak sebagai keldai akaun boleh didakwa mengikut Seksyen 424C Kanun Keseksaan.

Katanya, seksyen berkenaan memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda maksimum RM150,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

-tamat-

BERITA LAIN

BERITA TERBARU