ARTIKEL

Dua keluarga hadapi detik cemas

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Dua keluarga berdepan detik cemas apabila kediaman mereka dinaiki air di Rumah Gerinsa Narang Selangau, malam tadi.

Jurucakap Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, kejadian berlaku kira-kira 10.30 malam ketika mangsa sedang berehat di dalam rumah mereka.

Menurutnya, penduduk kemudiannya bergegas menghubungi Balai Bomba dan Penyelamat Selangau untuk mendapatkan bantuan.

“Lapan anggota diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan II Bonnie Sera bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan 10.34 malam.

Anggota JBPM bantu memindahkan kerluarga terlibat

“Sebaik tiba di lokasi kita mendapati Rumah Gerinsa sudah di tenggelami air hingga paras pinggang.

“Rumah panjang ini memiliki 19 pintu, namun hanya dua keluarga sahaja yang masih tinggal di dalamnya sementara 17 keluarga sudah berpindah ke rumah baru yang terletak berdekatan,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, pasukan Bomba bertindak memindahkan mangsa ke kawasan rumah baru berkenaan.

“Dua keluarga ini masing- masing mempunyai lima anggota keluarga,” katanya.

JBPM bergegas ke tempat kejadian

BERITA LAIN

378 permohonan ALAF di Tellian belum dilaksanakan

KUCHING: Sebanyak 378 permohonan di bawah Projek Pemohon Tambahan atau Lewat (ALAF) di Tellian belum dilaksanakan setakat ini. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston

BERITA TERBARU

378 permohonan ALAF di Tellian belum dilaksanakan

KUCHING: Sebanyak 378 permohonan di bawah Projek Pemohon Tambahan atau Lewat (ALAF) di Tellian belum dilaksanakan setakat ini. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston